<BGSOUND SRC="tualangtiga.mid">
Tsunami dan Masjid , Adakah kita mengambil pengajaran?
Malawati muslimah Acheh yang berusia 23 tahun terselamat dari bencana Tsunami setelah berpaut pada pokok nipah selama beberapa hari dilautan. Beliau ketika tsunami menyerang sedang berlari menuju ke MASJID.

Rizal Shahputra muslim Acheh yang berusia 20 tahun, terapung selama 8 hari di tengah lautan berpaut pada pokok kelapa, tidak meninggalkan solat walau satu waktu pun sepanjang tempoh terapung di lautan. Beliau ketika tsunami menyerang sedang membina MASJID

Dua orang kanak-kanak di Sri Lanka menjadi yatim piatu apabila ibu bapa menjadi mangsa korban tsunami. Kedua kanak-kanak ini berada di MASJID ketika tsunami menyerang rumah mereka.

MASJID di Kg Masjid Terapong, Tg Bungah , Pulau Pinang tidak mengalami kerosakan bahkan dikatakan lantai dan permaidaninya kering, walhah rumah disekeliling dilanda ombak besar.

Semua ini ada tanda-tanda peringatan Allah untuk kita ambil sebagai pengajaran.

Adakah benar kita telah merasa insaf ?

Adakah jemaah yang hadir solat lima waktu ke MASJID atau surau di tempat kediaman kita sama, bertambah atau berkurang selepas tsunami ?

Adakah derma kita kepada masjid, surau, anak-anak yatim, orang-orang susah di sekeliling kita bertambah selepas tsunami ?

Adakah kita masih mencari kelemahan orang lain , mengumpat orang lain, mempunyai perasaan hasad dengki terhadap orang lain selepas tsunami ?

Adakah kita sudah mencari kelemahan diri kita, kesilapan diri kita selepas tsunami ?

Marilah kita menilai diri kita apakah benar kita telah mengambil pengajaran daripada tanda-tanda yang Alllah berikan melalui peristiwa ini.
kemuka depan
Hosted by www.Geocities.ws

1