![]() |
||||||||
![]() |
||||||||
| Tsunami..Ya Allah Ampunkanlah Dosa2 Kami "Maha Suci Tuhan, mempunyai tentera yang banyak Ada yang dapat dilihat Ada juga yang sebaliknya Ada tentera yang nyata Ada yang tak dapat dilihat seperti malaikat Dan juga rijalulghaibnya Mereka itu bertaburan dan juga bertebaran Jika diarah untuk bertindak Tiada siapa yang dapat menghalang Gunung-gunung yang gagah adalah tentera Tuhan Angin petir juga, tentera yang memusnah apa sahaja Air adalah tentera yang membawa kereta kebal Yang merempuh apa yang dihadapannya Tentera inilah Yang telah menghapuskan kaum yang ingkar Di zaman Rasul, Nabi dan juga umat dahulu Yang telah memusnahkan kaum Lut yang derhaka Yang telah menenggelamkan Firaun Dan orangnya yang angkuh Tentera ini akan bertindak Apabila kaum membuat angkara Hendaklah takut Tentera Tuhan Kerana tiada yang dapat menghalang! |
||||||||
| kemuka depan | ||||||||