| WASIAT IBU UNTUK ANAKNYA | ||||||
| Setelah al Haris bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan �Auf bin Muhlim Ashaibani, di waktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya itu. �� wahai anakku ! kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal. Andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya Nescaya Tak perlu bagimu seorang suami Dan kau terlalu berharga buat kami Tetapi! Wanita dicipta untuk lelaki Lelaki dicipta untuk wanita. Bercerailah kau dari ayunan buaianmu Meninggalkan teratak tempat besarmu Melangkah menuju kealam baru Yang belum kau kenal Yang belum kau biasa Kau milik suamimu Anggap dirimu sebagai hamba Tentunya suamimu Jadi teman yang paling setia. Bawalah wasiat dariku Sepuluh sifat Sebagai bekalan perjalanan Menuju alam bahagia Relakan hatimu Sekadar yang ada Semoga suci hatimu Dengan taat setia Dan hulur tanganmu Tanda berganding bahu Jauhkan dirimu dari segala yang jelek yang dihidu atau dipandang mata juga awasi gerak gerimu agar tidak sumbang mengguris rasa sembunyikan suram wajahmu gantikan ia dengan sinar secerah sang suria pagi dan badan yang semerbak harum bermandikan bauan mata berpasak, kening bercelak itu menambah seri itu membangkitkan berahi dan������� air cukup memada bagi yang tiada jaga masa makannya juga waktu tidurnya kerana, perut kosong hilang bicara mata mengantuk hilang kesabaran di dada kunci mulutmu tabahkan hatimu badanmu terselamat jiwa temanmu tidak terseksa simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira akibat aksi tiada senada hilang simpatimu disebab pertama keruh suasana disebab kedua hulur tanganmu���� andai kau menghulur sebelah tangan nescaya dia menghulur kedua belah tangan tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan ketahuilah! Kasihmu tidak sampai kemana Jika hatimu berdua tidak sejiwa Kasih kau, kasihlah dia Benci kau, bencilah dia Allah saja yang menentukan nasibmu.� |
||||||
| kemuka depan | ||||||