<BGSOUND SRC="jangan.mid">
Manusia Selalu Lupa

Manusia selalu lupa
Lupa kepada Tuhannya,
yang menciptanya dari tiada kepada ada
Yang memberi nikmat bermacam-macam bentuknya
Lupa kepada dosa, padahal dosa selalu memburunya
Ia akan menghumbankannya ke dalam Neraka

Lupa kepada ibu bapa yang memelihara di waktu kecilnya
Dihantar ke sekolah, berpeluang menuntut ilmu-Nya
Dijaga kesihatannya, sihat badannya
Setelah dewasa ilmu itulah aset dirinya

Lupa kepada guru-guru yang membuat jasa kepadanya
Memberi ilmu yang banyak, menjadi hartanya
Sekadarkan menziarahi guru sekali sekala pun tiada
Dilupakan gurunya sepanjang hayatnya

Lupa kepada kawan yang pernah menolongnya
Padahal di waktu itu dia sedang menderita
Lupa kepada asal-usulnya
Dia itu siapa sebenamya

Dilupakan oleh pangkat, kesenangan dan kemewahan
Teringat sahaja kampung tempat tumpah darahnya
Rasa tidak senang sahaja
Malunya hendak ziarah kampung asalnya
Bahkan bermacam-macam lagi yang dilupakannya
Padahal semuanya itu sejarah hidupnya
Sepatutnya manusia ini bersikap:
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain
kemuka depan
Hosted by www.Geocities.ws

1