JANGAN LAKUKAN
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak
suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa
memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori
seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia
membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi
itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat
untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai sepatu atau selipar
yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja
kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan
rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada
kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati
dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan hidup di
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.