Ganjaran Mempertahankan Agama - Syahid

 



Islam adalah agama yang mencintai kedamaian, mencintai keamanan dan membenci permusuhan. Kerana itu Islam mencegah umatnya dari memulakan sebarang peperangan tanpa alasan yang kukuh seperti diperangi dan sebagainya.

Dan bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana kita dapat menikmati hidup ini dalam suasana yang aman damai dan merdeka. Tapi ini tidak dapat membuat kita leka kerana berdasarkan pergolakan dunia sekarang yang tidak menentu, banyak kemungkinan-kemungkinan boleh terjadi disebabkan oleh kerakusan dan sifat tamak manusia.


Mereka yang gugur ketika dalam menjalankan tugas, dalam perjuangan menentang musuh Islam dan mempertahankan kesucian Islam, sudah tentu mereka akan mendapat anugerah sebagai mati syahid. Beruntunglah kepada siapa yang terkorban pada jalan Allah, kerana ganjaran orang yang mati syahid amat besar. Antaranya dosa-dosa akan diampunkan sebaik saja titisan darah yang pertama mengalir dan mereka juga akan ditempatkan dalam Syurga yang penuh kenikmatan.

Rasulullah sallallahu Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud :-

“Barangsiapa berperang di jalan Allah selama orang yang memerah susu unta yakni walaupun sebentar, maka wajib baginya Syurga. Dan barangsiapa terluka di jalan Allah atau ditimpa kemalangan, maka datangnya pada Hari Kiamat sederas darah yang mengalir ketika luka, warna zapran dan baunya bagaikan wangian kasturiRiwayat Abu Daud dan Tarmizi.


Semangat mendaulatkan Islam juga harus ada pada setiap orang. Inilah yang harus ditanamkan ke dalam jiwa kita semua, disemai perasaan cinta pada agama serta menghargai betapa tinggi nilai sebuah kemerdekaan dan keamanan. Mempertahankan Islam bukan beerti perlu berkonfrantasi. Namun, kebiasaannya, mereka yang mempertahankan Islam akan diseksa, dipenjara hatta dibunuh penguasa.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 169 yang tafsirnya :-

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh yang gugur syahid pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka adalah hidup secara istimewa di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki

Daripada Ubadah bin Shomit katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Di sisi Allah, orang yang mati syahid itu akan mendapat 7 ganjaran iaitu :
1. Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar keluar
2. Melihat tempat duduknya di Syurga
3. Dihiasi dengan hiasan iman
4. Dikahwinkan dengan bidadari Syurga
5. Dilindungi daripada seksa kubur
6. Diamankan daripada kedahsyatan hari qiamat
7. Dipakaikan mahkota kehormat di atas kepalanya di mana satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya
- Dikeluarkan oleh imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tobarani


disesuaikan dari: http://www.masjid.gov.bn/teks_khutbah/1423/Rabiulawal/18.htm
 

Kemuka depan

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1