Muhasabah Diri

Sebagai manusia yang lemah memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Malangnya manusia, adalah hamba yang bersifat pelupa dan tidak menyedari akan kesilapan dirinya sendiri. Oleh yang demikian, Islam mengajarkan umatnya mengimbas kembali setiap gerak geri yang dilakukan sepanjang hari tersebut. Berikut diberikan sedikit panduan bagaimana harus kita lakukan muhasabah diri agar kita tidak lari dari lunas kehendak Islam sebenarnya bagi membentuk peribadi muslim sejati... Insya-Allah.
 

1.

Adakah kecerdikan (kecerdasan intelek) yang ada pada kita ini untuk Allah. 

2.

Adakah segala usaha dan masa kita ditumpukan kepada tujuan mencari keredhaan Allah.

3.

Adakah keseluruhan tenaga jasmani dan rohani kita digunakan untuk memenuhi kehendak Allah.

4.

Sudahkah kita menjalankan tugas yang Allah kehendaki setiap umat Islam tunaikan.

5.

Sudahkah kita menumpukan segala ketaatan dan perkhidmatan kita kepada Allah.

6.

Sudahkah segala perasaan benci dan kasih sayang kita tertakluk kepada peraturan Allah.

7.

Jika kita mengasihi seseorang, adakah perbuatan itu dilakukan kerana Allah.

8.

Jika kita membenci seseorang, adakah ianya juga semata-mata kerana Allah.

9.

Dalam perasaan benci dan kasih tadi, terpeliharakah kita dari sikap pentingkan diri atau tamak.

10.

Periksalah diri sama ada sebarang perbuatan memberi atau menahan yang kita lakukan adalah untuk Allah.

 

Kemuka depan

 

Hosted by www.Geocities.ws

1