MAZHAB DALAM ISLAM
Sebenarnya
mazhab-mazhab dalam Islam adalah banyak, kerana ulama-ulama yang bekemampuan
terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi, para tabiin dan tabi Al-Tabiin yang
mempunyai cukup syarat-syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai, tetapi
mengikut pendapat ulama, bahawasanya mazhab yang muktabar yang boleh dibuat
pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab sahaja, mengikut qaul yang
rajih. Iaitu : Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan
Hanbali kerana keempat-empat mazhab ini ada mempunyai peraturan-peraturan,
kaedah-kaedah dan panduan-panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh
mereka dalam kitab-kitab mereka. Yang mana menjadi
bahan-bahan yang tak ternilai dalam perbendaharaan undan-undang Islam.
Adapun mazhab-mazhab yang lain, maka tidak ada
mempunyai kaedah-kaedah yang cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam
bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi.
Mazhab Hanafi
Adalah
diasaskan oleh Nu`man Bin Tsabit. Lahir pada tahun 80 Hijrah.
Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.
Juga beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan.
Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah-masalah
atau problem yang dihadapi. Oleh kerana beliau seorang
yang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka beliau dapat membuat
perhubungan yang rapat dengan pembesar negara. Ia
mendapat tempat yang baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan yang
tinggi dalam pemerintahan.
Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di
negeri
Semasa hidupnya, beliau dapat menuruti bermacam-macam pertumbuhan
dan perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu
agama.
Zaman beliau memang dikenali sebagai zaman pertumbuhan
politik, agama dan ideologi-ideologi dan ism-ism yang bermacam-macam. Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyah dan juga di
zaman pemerintahan `Abasiyah.
Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak
ilmu.
Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau
tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. Dan beliau
pernah berkata "Bahawasanya pendapat kami adalah salah satu dari pendapat
dan jika didapati pendapat yang lebih baik dan tepat maka pendapat itu lebih
benar dan utama".
Abu Hanifah seorang yang berperibadi tinggi dalam majlis
perbahasan. Beliau tidak sekali-kali menghina mereka yang
berbahas dengan mereka. Mereka tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang
berbahas dengannya, kerana beliau berpendapat :
"Sesiapa yang mengkafirkan seseorang maka ia terlebih dahulu kafir dari
orang itu."
Mazhab Maliki
Pengasas
mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas, lahirnya di
Iman Malik menghafaz Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.
Ingatannya sangat kuat dan menjadi adat kepadanya. Manakala
beliau mendengar hadith-hadith daripada guru-guru, terus disimpulkan tali bagi
menyenangkan perhitungan bilangan hadith-hadtih yang sudah beliau pelajari.
Pada permulaan hidup Imam Malik bercita-cita menjadi biduan
tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau meninggalkan cita-cita itu, dan
meminta beliau supaya mempelajari ilmu fiqh, beliau menerima nasihat ibunya
dengan baik.
Iman Malik
adalah seorang guru yang miskin, pernah satu hari kayu bumbungnya rumahnya
telah roboh, terus beliau menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk
perbelanjaan hidupnya, tetapi pada akhirnya beliau dimurahkan Allah akan rezekinya sehingga beliau menjadi seorang kaya. Setelah baliau menjadi seorang kaya, beliau memakai pakaian yang
mahal dan memakai bau-bauan yang baik. Imam Malik
adalah seorang yang aktif dalam menuntut ilmu. Beliau
banyak membuat perhubungan dengan ahli-ahli hadith dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadith.
Sanad-sanad (sandararan-sandaran) yang dibawa oleh beliau
termasuk salah satu sanad-sanad yang terbaik dan benar. Beliau seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya, cermat
dan halus memilih rawi-rawi hadith. Pendek kata Imam
Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini.
Imam Malik tetap berpegang teguh S.A.W. dalam menganggap
hadith-hadith itu petunjuk, penyuluh kepada manusia. Tidak
harus seseorang meninggalkan dan membelakangkannya.
Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau lebih dahulu mendalami
dalam bidang pelajaran sehingga kadang-kala beliau tidak tidur. Setelah
fikiran beliau matang dan benar-benar berkebolehan barulah beliau mengajar.
Hukum-hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik adalah
berdasarkan Al-Quran dan hadith. Imam Malik menjadikan hadith
sebagai pembantu bagi memahami Al-Quran, Imam Malik sangat cermat dalam memberi
penerangan dan hukum-hukum. Beliau berfikir panjang
sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa. Beliau pernah berkata : "Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk
untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku". Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada
penanya "Pulanglah dahulu supaya aku dapat berfikir". Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik dengan sebab beliau
melewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata
"Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti dalam ( hari kiamat)".
Mazhab Syafie
Mazhab Syafie
adalah diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun
105 hijrah, sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin .
Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita
tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara
dalam menceduk dan menimba ilmu. Imam Syafie dianggap
seorang yang dapat memadukan antara hadith dan fikiran dan membentuk
undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung
dalam bidang sastera dan syair-syair, tetapi beliau mengubah pendiriannya
kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadith hingga sampailah beliau ke kemuncak
yang paling tinggi dalam bidang tersebut.
Imam Syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh
kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith dan
pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin
Hanbal pernah berkata : diceritakan kepada nabi muhamad S.A.W. bahawa Allah
menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz
dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie merupakan mujadid
abad yang kedua.
Nama asalnya
ialah Muhamad Bin Idris, lahir di bandar ghizah di Palestin pada tahun 105
hijrah, inilah tarikh paling masyur dikalangan ahli sejarah. Beliau
adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya
bertemu dengan keturunan Rasulullah S.A.W. pada datuk Rasulullah iaitu Abdul
Manaf.
Semasa muda
Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul
batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang-tulang
untuk ditulis di atasnya, terkadang-kadang beliau terpaksa pergi ke
tempat-tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis
pelajarannya.
Imam Syafie menghafaz Al-Quran dengan mudah, iaitu semasa beliau
masih kecil lagi, beliau menghafaz dan menulis hadith-hadith. Beliau
sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal
bersama dengan puak Hazyal selama 10 tahun. Kerana puak ( kabilah ) Hazyl terkenal suatu kabilah yang paling baik
bahasa Arabnya. Imam Syafie banyak menghafaz syair-syair dan
qasidah dari puak Hazyl, begitu juga beliau banyak menumpukan masa dan
tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya, tetapi Allah
menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.
Di antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil
menunggang kuda bersama-sama beliau seorang lelaki. Lalu
berkata lelaki itu, tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan
maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh? Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Dari sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.
Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan
hadith ialah Imam Malik. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie
adalah merupakan satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan
Islam kerana beliaulah yang menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli-ahli
akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan hadith. Ilmu fiqh
Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan qias, dan
pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia juga ilmu
fiqh yang menetapkan cara-cara atau peraturan untuk memahami Al-Quran dan
Al-Hadith. Juga ia menetapkan kaedah-kaedah
pengeluaran hukum dan kesimpulannya. Lantaran itulah beliau
berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.
Mazhab Hanbali
Nama bagi pengasas Imam Hanbali ialah Ahmad Bin Mohamad Bin
Hanbal. Lahir di bandar
Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap
mempelajari hadith sehingga beliau menjadi seorang imam, orang pernah berkata
kepadanya: "Sampai bilakah engkau nak menuntut ilmu? Padahal
engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi
seluruh umat Islam?" Imam Ibnu Hanbal menjawab: "Aku menuntut
ilmu dari hujung dunia hinggalah ke pintu kubur." Memang
benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie adalah salah seorang dari guru Ahmad Bin Hanbal.
Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie semasa di Hijaz, sewaktu
beliau menunaikan fardu haji, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram. Ibnu Hanbal mempelajari daripadanya, kemudian mereka bertemu pula
pada kali kedua di