SI-BUTA DAN GAJAH
Dalam suatu negeri terdapat
sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita
satu sarkis datang ke tempatnya
dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama
gajah. Naluri ingin tahu mereka
melonjak kerana selama ini mereka
belum pernah melihat rupa atau
mengenalinya bahkan nama gajah
pun mereka belum pernah dengar.
Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat
itu. Salah seorang berkata meskipun kita buta
tapi kita masih boleh mengenalinya
dengan cara
meraba. Perwaklilan yang dilantik terus
ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing terus memainkan peranan.
Setelah puas meraba, mereka
pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan
pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin
mengetahui bentuk gajah ajaib itu.
Orang yang
terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang
besar, kesat tapi lembut pada
sentuhan. Kenyataan ini
dibantah keras oleh orang yang terpegang gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat,
tidak lembut dan jauh sekali
dari berbentuk seperti tiang
seperti yang dilaporkan
oleh orang pertama tu, sebaliknya
katanya gajah keras dan licin
dan hanya sebesar galah saja.
Kenyataan ini disanggah oleh
pelapor ketiga yang memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju dengan pelapor pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan
lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah.
Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat,
lembut dan saiznya hanya seperti
kulit terkembang yang tebal sebesar dulang.
Orang-orang buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong
kebingungan.
MORAL & IKTIBAR
o
Naluri ingin tahu yang ada pada
setiap orang mendorong mereka untuk menyelidik
o
Penggunaan satu deria saja tidak
memadai untuk mengetahui sesuatu fakta secara syumul
dan terperinci
o
Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu
persepsi/sudut saja
o
Penguasaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga melalui
'brainstorming'
o
Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah
betul dari sudut pandangannya
o
Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari
menguasai ilmu secara global
o
Dapatkan fakta atau maklumat mengenai
sesuatu dari banyak sumber dan
cara
o
Maklumat yang diperolehi
secara 'second-hand' belum dapat dipastikan kesahihan; jauh sekali untuk dijadikan
dalil atau hujah.