Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra,
bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal
dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku
ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera
pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku.
Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat
yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur,
mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas
kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami
bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad
itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala
serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang
pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota.
Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian
syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di
mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya,
Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala
lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur
Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari
cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka,
empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah
ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada
seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada
seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang
tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda
SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada
lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir
air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari
apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian
dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah
aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian
yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku
bertanya kepadamu akan umatku. Di
mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak
akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada
hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini
wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi
Muhammad SAW. Buraq
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan
tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia
menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan
datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang
belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya
kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda
SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq
sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis
di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai
tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut
yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah
kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari
perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau
sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan
bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan
didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan
menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air
mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan
kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau
sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan
penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang
gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan
yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah
kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala,
roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka,
kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan
mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia,
masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua
ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu
kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu
adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka
berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis
lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang
berbuat dosa?”
Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan
mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang
telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan
baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka
menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai
Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang
zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai
umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah
Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril
di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui
sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah
kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di
hadapanKu.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai
Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah
Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata:
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW
memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan
Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah
kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan
kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman:
“Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka
usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang
mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang
menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai
Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa
Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari
yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka
usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah
Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran
terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka
semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali
jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas
tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang
keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan
sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata
mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia
mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.