Rasulullah SAW Membela Umatnya
|
|
Di
Allah
Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab
kekasihnya.” Nabi
Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru:
“KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta
saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Isa
as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu
menyeru: “Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa
roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau
bilau Jahanam!” Suara
jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku
tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika
itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada
umatnya?” Neraka
pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah
Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku,
bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang
lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Malaikat
Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan
Tuhannya. Allah
Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah
Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah
Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk
sujud kepada kamu?” Matahari
menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan
mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?” Allah
Taala berfirman: “Aku percaya!” Allah
Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia
telah dihampirkan dengan kepala makhluk.” Ibnu
Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di
dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang
panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air
mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin
kuat. Nabi
Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari
pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda
SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para
Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah!
Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal
keadaan umatnya. Daripada
Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW
menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.” Baginda
SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?” Fatimah
menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.” “Dan,
kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang
daripada mereka.” Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai
permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat.
Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga
dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata
mereka mengalir di pipi.” Fatimah
r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap
lelaki?” Baginda
SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk
dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi
setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia. (
Abasa: 37) Fatimah
ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di
hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda
SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang
memberi minum umatku.” Fatimah
r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?” Baginda
SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para
Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Ketika
itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya
akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.” Setiap
umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga,
neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung
mematuk kacang. Apabila
seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang
beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami
adalah umat Muhammad SAW!” Allah
Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu
sembah?” Mereka
berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak
menyembah selainNya.” Mereka
ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?” Mereka
menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.” Apabila
ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar
bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela
mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad
SAW!” Manusia
berpecah kepada tiga kumpulan. 1. Kumpulan orang tua
yang menjerit-jerit. Mimbar
para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua
berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak
berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang
paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di
bawah mimbar Nabi SAW. Hawa
melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari
umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana
Muhammad?” Mereka
berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang
mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah
membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan
semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk
menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau
neraka.” Nabi
Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan
dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap
Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur,
umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh
as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut
(umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami
terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan
kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.” Nabi Nuh as
berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan
agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa
Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!” Nabi
Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku
sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah
kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!” Nabi
Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang
jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia
melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku
terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu
mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!” Mereka
pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala
telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku
sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya
kepadaNya mengenai ibuku Mariam.” Mariam,
Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat
umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah
sesat dari Nabi mereka.” Suara
Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada
nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu
untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.” Nabi
Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku,
wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak
pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala
untukmu!” Umat
Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. Terdengar
suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata:
“Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta
kepadaku.” Nabi
Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai
Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!” Nabi
Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?” Allah
Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999
orang ke neraka.” Allah
Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang
berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu
keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang
mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan
memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa
yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji
sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu!
Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu
dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka
bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka
melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang
melampaui batas.” Nabi
Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab
berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu
yang ghaib!” |