Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan
bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan
mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat
yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila
sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya
akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.
Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang
menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana
ia mengasihani dirinya sendiri. “
Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan
Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui
perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati
yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa simpati dan kasih sayang yang
amat mendalam. Sifat pengorbanan juga jelas kelihatan di kalangan para sahabat
yang sanggup berkongsi apa jua kesenangan dan kesusahan di kalangan mereka.
Inilah faktor utama kewujudan sebuah masyarakat dinamik yang muncul di tengah
Kota Madinah, walaupun
Jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w telah dapat menyusun masyarakat
Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama dengan
konsep kasih sayang dan tolerensi yang telah membawa satu kekuatan yang utuh.
Kota Madinah pernah diserang oleh musuh, namun dengan semangat kerjasama dan
pengorbanan yang tinggi, dapat ditangkis segala serangan tersebut. Kalau
sebelum ini Kota Madinah telah dikuasai ekonomi dan maruahnya oleh orang
Yahudi, maka kehadiran Muhajirin telah membantu umat Islam ketika itu meningkatkan
taraf hidup dan pemikiran mereka untuk berdikari dan berusaha
bersungguh-sungguh. Akhirnya ladang dan harta orang Ansar yang tergadai ke
tangan orang-orang Yahudi itu telah dapat mereka tebus kembali. Maka tepatlah
sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing
berpaut satu sama lain. “
Apabila kita meninjau akan kelemahan kita masa kini serta
perpecahan yang berlaku ke atas umat Islam, puncanya ialah kita tidak lagi
meletakkan semangat kasih sayang dalam pergaulan kita sehari-hari. Akibatnya
mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat
Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, yang akhirnya membawa
kepada kejatuhan umat dan negara Islam itu sendiri. Ini amat menguntungkan
musuh-musuh Islam, lagi memudahkan mereka merampas hak dan tanah air kita
dengan cara memperalatkan sesama kita. Malah dalam sejarah bangsa Melayu,
pernah kita mengajak Inggeris, menyediakan kelengkapan perang untuk menjatuhkan
sesama Melayu. Akibatnya negara kita dijajah.
Masyarakat yang kita harapkan ialah sebuah masyarakat yang penuh
dengan semangat kasih sayang serta kerjasama, dapat mengembalikan maruah dan
kekuatan perpaduan sesama Muslim. Apa yang penting ialah nilai-nilai kasih
sayang perlu diberi perhatian utama dalam pembentukan sahsiah Muslim,
seterusnya diserap dalam keluarga dan masyarakat kita.
Sifat-sifat keji yang menjurus kepada kebencian hendaknya kita
hindari dari terus tersemat di dalam masyarakat kita. Antara sifat buruk itu
ialah suka mencaci sesama Islam, mengadu domba, membuat fitnah dan sebagainya.
Ini ternyata akan merugikan kita kelak dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri
melarang sifat buruk tersebut. Baginda dengan tegas telah menyatakan di dalam
sabdanya yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.” (Riwayat
Tarmidzi)
Malah banyak lagi Hadis yang melarang segala sifat keji ini. Antara
punca lahirnya sifat-sifat keji itu ialah:
1. Hilang rasa malu dan rendah diri kita terhadap segala perkataan
dan perbuatan kita.
2. Meletakkan nafsu dan dorongan rasa benci terhadap saudara kita.
3. Rasa benci dan ketidakpuasan hati kita yang telah mengawal akal
dan hati kita.
Akibatnya lahirlah satu gerakan yang bermula dari individu, seterusnya
menjadi satu golongan yang besar yang membawa kepada rasa kebencian sesama kita
demi kepentingan individu tertentu. Maka ketika itu mudahlah musuh
mengeksploitasikan orang Islam untuk kepentingan mereka. Maka jatuhlah kerajaan
dan negara umat Islam seperti di
Oleh itu marilah kita bersama-sama dengan semangat kasih sayang
yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada kita dan melupakan segala
kesengsaraan. Biarlah kita semai diri setiap kita dengan hati yang jujur lagi
ikhlas, dengan ajaran yang murni semoga berkekalan hingga ke generasi anak cucu
cicit kita seterusnya. Banyak tanggungjawab kita yang belum selesai dan
sesungguhnya kebencian tidak pernah menjanjikan kebahagiaan kepada sesiapa pun
jua.
Rumusan
Kasih
sayang membentuk jiwa dan hati kita supaya menjadi halus dan suka kepada
kedamaian dan kesejahteraan. Semoga semangat itu terus menjadi teras pembina
akhlak anak kita di rumah. Biarlah cerita dan andaian ke arah kebencian antara
kita dihentikan. Semoga tidak merosakkan hati kita dan anak-anak kita.