Apabila tajuk ini dihuraikan
maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca
disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT; Bermaksud;
"Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu
mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan
kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar
dan ujud .Cuma amalan dan
ketakwaan kita sahaja yang akan
dapat membezakan kepekaan kita kepada
tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara
lansung akan
kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali
rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan
dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan
termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai
bahagian tubuh dan kepala sahaja
beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung
tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya
Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada
hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah
untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat
dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun
semua tanda-tanda ini akan
berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang
yang menyekutukan Allah nyawa
mereka ini akan terus di
rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran
mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada
beberapa keadaan :
Tanda
100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari
Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua
orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma samada
mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan
dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat
dan bagi mereka sedar dan
berdetik di hati bahawa mungkin
ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti
dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini
akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka
ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari
mati
Tanda ini juga akan
berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian
pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis
nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas
Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil
daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika
ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut
ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan
diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan
terasa denyutan di bahagian tengah
dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan
kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan
maka berpuasalah kita selepas itu
supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam
kita tidak akan bersinar
lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya
dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang
terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar
di mana kita
akan merasakan
satu denyutan di sebelah belakang
iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat
untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana
kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan
turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri
dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada
Allah SWT yang telah menghidupkan
kita dan sekarang akan
mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah
kita bertaqwa dan berdoa kepada
Allah SWT semoga kita adalah di antara
orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran
untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga
kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan
samada dari Allah SWT mahupun dari manusia
sendiri dari segala dosa dan
urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai
dengan sifat Allah SWT yang
Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah
lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang
manusia itu masih boleh diubah
dengan amalan doa iaitu
samada doa dari kita sendiri
ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan
Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama
berusaha dan berdoa semoga kita
diberi hidayah dan petunjuk oleh
Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran
dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun
akhirat. Apa
yang baik dan benar itu datangnya
dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu
adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.