HADIAH MALAM JUMAAT
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik
untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk
waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil
membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan
waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat
ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy
ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor
serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri
di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam
yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam
itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke
dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya
untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau
terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah
engkau
lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya
pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu
?" tanyaAl Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang
terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan
doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada
hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan
panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan
telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah
untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang
yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan
hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan
dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia
bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si
pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah
paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut
lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana
di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah
anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar
dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur
ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat
keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak
ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si
ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya
lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih,
ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya
Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya
selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir
miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.Dilakukannya
semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu
pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid
jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana
biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi
melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya
kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian
putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas
kebaikanmu itu.
" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya
lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya,
Tahu."
"Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan
berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya
dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah
disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).