SIKAP KITA APABILA BERSEDEKAH
Assalamualaikum wbt.
Amalan bersedekah merupakan perbuatan yang terpuji di
sisi Islam. Semenjak awal kedatangan Islam lagi Rasulullah s.a.w dan para
sahabat menjadikan sedekah sebagai satu amalan terutamanya sahabat-sahabat yang
kaya seperti Abdul Rahman 'Auf, Saidina Abu Bakar As Sidiq, Saidatina Khadijah
dan lain-lain lagi. Ke- kuatan iman yang ada pada mereka menyebabkan jiwa
sentiasa menghendaki amalan bersedekah. Hadis Rasulullah yang diriwayat- kan
daripada Muslim bermaksud :
"Daripada Abi Zar r.a, bahawasanya segolongan
manusia
dari sahabat Rasulullah s.a.w berkata kepada baginda:
Ya Rasulullah! Orang-orang yang mempunyai harta (kaya)
telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami).
Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan
mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka
bersedekah
dengan kelebihan harta mereka.Berkata Rasulullah:
Bukankah
Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk
bersedekah?
Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan
tiap-tiap takbir itu sedekah, dan setiap tahlil itu
sedekah, dan menyuruh dengan makruf itu sedekah, dan
melarang dari yang mungkar itu sedekah, dan pada
kemaluan
daripada kamu itu sedekah...ke akhir hadis..."
(dipetik dari kitab Hadis 40: Hadis ke 25)
Secara amnya Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa
amalan bersedekah itu tidak khusus kepada harta sahaja, bahkan ia meliputi amal
ibadah manusia di muka bumi ini. Namun begitu apabila kita berbincang tentang
sedekah harta di kalangan kita sebagai umat Islam, amat mendukacitakan. Pendek
kata ada se-gelintir 'orang kita' yang susah menghulurkan derma walaupun
mempunyai kemampuan.
Di kota metropolitan Kuala Lumpur, jika kita perhatikan
terutamanya di gerai-gerai makan pasti akan ada mereka yang meng-
harapkan belas kasihan daripada orang ramai, malahan ada di antara mereka yang
cacat penglihatan seperti buta dan sebagai-nya. Akan tetapi kerana sikap
individualistik yang tertanam pada sesetengah 'orang kita' yang langsung tidak
memperdulikan kedatangan mereka ini, apatah lagi jika si penagih simpati itu
yang buta, sekurang-kurangnya berilah isyarat tertentu kepada mereka jika tidak
mahu menghulurkan walau sepuluh sen sebagai sedekah. Maka berdirilah mereka yang
malang itu di sebelah si bakhil yang langsung tidak berperi kemanusiaan.
Lantaran itu, cuba renungi peringatan ini agar menjadi
pedoman. Janganlah kita terlalu bersifat ananiyah (mementingkan
diri sendiri) kerana ia sangat merugikan. Hadis daripada Muslim,
diriwayatkan oleh Jabir bermaksud:
"Tiap-tiap kebaikan adalah sedekah."
Wassalam.