1 Masa depan sektor pertanian semakin diberi tumpuan utama oleh kerajaan. Terangkan kepentingan pertanian kepada Malaysia.
[20 markah]
2 Taburan aktiviti pertanian di Malaysia adalah berselerakan atau tidak tertumpu pada satu-satu tempat sahaja. Terangkan empat faktor yang mempengaruhi taburan tanaman di Malaysia.
[20 markah]
3 Petani di Malaysia memerlukan bantuan pihak-pihak lain untuk memajukan aktiviti pertanian mereka.
a. Nyatakan lima peranan institusi pertanian yang boleh membantu petani.
b. Terangkan setiap peranan yang anda nyatakan itu.
[20 markah]
4 Huraikan peranan agensi-agensi kerajaan dalam membantu memperkembangkan dan memajukan sektor pertanian di Malaysia.