PROSPEKTUS MATA PELAJARAN SAINS PERTANIAN

Objektif sukatan mata pelajaran sains pertanian 

1.      Untuk memperkembangkan minat dan menghargai pertanian terutamanya yang berkaitan dengan pertanian di Malaysia.

2.      Untuk memperkembangkan kemahiran saintifik, praktis dan berfikir dalam bidang pertanian.

3.      Untuk memperkukuhkan asas kerjaya dalam bidang pertanian dan bidang lain yang berkaitan.

4.      Untuk memupuk dan memperkembangkan nilai dan sikap yang positif terhadap pekerjaan, tanggungjawab, kerjasama, keselamatan dan lain-lain.

Organisasi sukatan mata pelajaran sains pertanian

1.      Pertanian di Malaysia

2.      Faktor mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan

3.      Faktor mempengaruhi pertumbuhan dan pengeluaran ternakan

4.      Perladangan sebagai satu pekerjaan / perniagaan

5.      Mekanisasi dalam pertanian

 

Elemen yang diukur dalam mata pelajaran sains pertanian

Elemen-elemen berikut akan diambilkira dalam pengukuran pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Pertanian:

1.      Pengetahuan dan kefahaman

2.      Kemahiran intelektual dan sainstifik

3.      kemahiran amali

4.      kemahiran meeka cipta

5.      kemahiran menyiasat

6.      kemahiran mengorganisasi

7.      kemahiran mentafsir

8.      kemahiran berkomunikasi

 

pengukuran mata pelajaran sains pertanian

sijil pelajaran malaysia

Terdapat tiga kertas soalan digunakan iaitu:

 

Kertas 1 – 3528/1 (Teori)

 

Masa    : 1 jam 30 minit

 

Mengandungi 20 hingga 25 soalan wajib, soalan berbentuk ringkas dan struktur yang menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar.

 

Kertas 2 – 3528/2 (Esei)

 

Masa    : 2 jam 30 minit

 

Mengandungi 7 soalan esei atau struktur yang terbahagi kepada 3 bahagian:-

 

Bahagian A mengandungi 3 soalan wajib tentang soalan intelektual dan siantifik dalam:

·        mengaplikasikan pengetahuan sdia ada

·        menyelesaikan masalah

·        membuat penilaian

 

Bahagian B mengandungi 2 soalan tentang aspek kuantitatif, khususnya graf, numerik, data dan sebagainya.

 

Bahagian C mengandungi 2 soalan tentang aspek amali dan eksperimen yang memerlukan huraian atau perbincangan tentang proses kerja, dapatan dan cadangan hipotesis.

 

Kertas 3 – 3528/3 (Kerja kursus)

 

Masa    : 6 hingga 16 bulan

 

Setiap calon secara individu dikehendaki melakukan tugasan berdasarkan panduan sebagaimana yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kaedah penilaian dilakukan oleh pihak sekolah.

 

Pelaporan hasil pengukuran

 

Hasil pengukuran dilaporkan dalam 2 bentuk:

 

Sijil SPM

Laporan prestasi kerja kursus

 

Markah calon bagi kertas 1 dan 2 akan digabungkan untuk mendapatkan markah keseluruhan gred mata pelajaran yang akan diperoleh ditentukan setelah mengambilkira prestasi calon dalam kerja kursus. Prestasi calon dalam kerja kursus menjadi hurdle kepada gred muktamad di mana akan berperanan sebagai penentu julat gred yang akan diperoleh oleh setiap calon.

 

Keperluan bagi pelaksanaan mata pelajaran sains pertanian di peringkat sekolah

 

Untuk melaksanakan mata pelajaran sains pertanian beberapa perkara perlu diambilkira:

 

Sumber guru            - Guru yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran ini ialah guru siswazah atau guru bukas siswazah yang beropsyen Sains Pertanian atau Kemahiran Hidup (Pilihan Pertanian)

Pelajar            - Pemilihan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains pertanian seharusnya berdasarkan minat pelajar, keputusan PMR dan pihak sekolah.

Kemudahan bilik darjah dan peralatan pembelajaran.

 

Peruntukan kewangan / per kapita

 

Kementerian Pendidikan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM 35.00 bagi setiap pelajar.

 

 

Cadangan kombinasi mata pelajaran sains pertanian

Sijil pelajaran malaysia

 

Kombinasi

Mata Pelajaran

Teras

Mata Pelajaran

Elektif

Jumlah Mata Pelajaran

Kombinasi 1

 

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sejarah

Pendidikan Islam ATAU Pendidikan Moral

 

Sains Pertanian

 

Mat. Tambahan

Fizik

Biologi

Kimia

10

Kombinasi 2

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sejarah

Pendidikan Islam ATAU Pendidikan Moral

 

Sains Pertanian

 

Ekonomi Asas

ATAU

Perdagangan

ATAU

Prinsip Akaun

 

Geografi

ATAU

Pendidikan Seni

 

9

 

Peluang ke institut pengajian tinggi awam bagi pelajar yang mengambil elektif sains pertanian kbsm

 

Institusi *

Program / Kursus

UPM

Program Diploma

Diploma Pertanian

Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan

Diploma Pembangunan Manusia

Diploma Perhutanan

Diploma Sains Komputer

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan

 

UPM Terengganu

Diploma Perikanan

 

 

UTM

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)

Diploma Ukur Tanah

Diploma Penilaian

 

Program Ijazah

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi

Fakulti Alam Bina

Fakulti Pendidikan

 

UiTM

Fakulti senibina, perancangan dan ukur (Pringkat Diploma)

 

ITTHO

Program Diploma

 

 

Dll IPTA

Dan Politeknik

 

 

 

Kolej Matrikulasi

Bagi pelajar aliran sains

Maktab Perguruan

Diploma Perguruan Malaysia

 

 

*     Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Panduan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Tinggi Awam – UPU (Program lepasan SPM) dan Buku Maklumat Kemasukan Pelajar Julai / Januari

HOME

Hosted by www.Geocities.ws

1