a. Mata pelajaran Sains Pertanian merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam bidang Teknik & Vokasional. Setiap pelajar wajib memilih salah satu komponen tersebut sebagai mata pelajaran pilihan mereka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar yang mengambil mata pelajaran ini tidak diwajibkan lulus dalam SPM tetapi jika mereka lulus dengan baik, mata pelajaran ini dapat membantu mereka mencapai pangkat / gred yang baik dalam SPM.
b. Dalam persijilan terbuka, mata pelajaran Sains Pertanian dikategorikan dalam Sains dan Teknologi.
c. Ini bermakna hanya pelajar yang cemerlang dalam Sains dan Matematik peringkat PMR sahaja layak mengambil Sains Pertanian.
d. Walau bagaimanapun Sek. Men. Keb. Puchong menawarkan mata pelajaran ini kepada semua pelajar tanpa mengira jantina termasuk mereka daripada aliran sastera.
e. Sebab utama mata pelajaran ini ditawarkan di sekolah ini kerana sekolah mempunyai guru-guru yang berkebolehan dan kemudahan yang mencukupi.
f. Pelajar aliran sains yang mengambil mata pelajaran ini ialah mereka yang tidak mengambil fizik atau Matematik Tambahan kerana mereka merasakan subjek tersebut tidak dapat membantu mendapat gred yang baik dalam SPM.
g. Peluang kerjaya atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti ke peringkat matrikulasi, diploma dan ijazah pertama adalah terbuka luas kepada pelajar yang cemerlang dalam SPM terbuka termasuk cemerlang dalam Sains Pertanian.
h. Terdapat 3 kertas dalam SPM (Kertas 1/struktur; 30%, Kertas 2/esei; 70% dan kertas 3 / kerja kursus; 100%)
i. Pentingnya mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah ini harus dilihat daripada faktor-faktor berikut :
Menanam dan memupuk minat pelajar dalam kemahiran pertanian yang mudah supaya boleh digunakan sebagai kerjaya apabila tamat sekolah.
Merupakan mata pelajaran yang menekankan domin kognitif, psikomoto dan afektif. Dengan demikian pelajar disemai dengan beberapa disiplin ilmu yang boleh membentuk akhlak mulia untuk digunakan apabila tamat sekolah.