Kesan suhu terhadap tumbuhan
![]()
1. Percambahan biji benih
2. Transpirasi
3. Pembentukan bunga
4. Kualiti hasil tanaman
5. Kecederaan
Percambahan biji benih
1. Percambahan ialah pertumbuhan awal pada biji benih di mana radikel (akar ulung) dan plumul (pucuk ulung) dikeluarkan.
2. Jadi, suhu yang tinggi (35 ēC ) penting untuk pertumbuhan biji benih kerana tindakan enzim dalam biji benih yang menghadam makanan simpanan akan mempercepatkan percambahan.
3. Tidak semua biji benih memerlukan suhu tinggi untuk bercambah.
4. Faktor lain yang mempengaruhi percambahan biji benih ialah :
ˇ ketersediaan air
ˇ oksigen dan
ˇ kegelapan
Transpirasi
1. Transpirasi ialah proses kehilangan air dari tumbuhan melalui proses sejatan.
2. Suhu yang lebih tinggi akan mempercepatkan proses transpirasi.
3. Proses ini dapat membantu tumbuhan menghilangkan haba yang berlebihan.
4. Kadar transpirasi dipengaruhi oleh :
ˇ ketersediaan air
ˇ tiupan angin
ˇ kelembapan udara
5. Bahagian tumbuhan yang menjalankan transpirasi :
ˇ batang dan daun (Stoma)
6. Apakah akan berlaku jika kadar transpirasi melebihi kadar pengambilan air? Tumbuhan layu.
Pembentukan bunga
1. Ada spesis tumbuhan yang memerlukan perbezaan suhu siang dan malam untuk pengeluaran bunga yang baik.
2. Penurunan suhu yang mendadak menggalakkan spesis tumbuhan tersebut berbunga.
3. Contoh :
ˇ Bunga bakawali (Epiphyllum oxypetalum).
ˇ Anggerik Merpati (Dendrobium crumenatum).
4. Suhu waktu malam yang rendah boleh menggalakkan pembungaan dan pembuahan.
Kualiti hasil tanaman
1. Hasil tanaman yang disimpan perlu dijaga kualitinya.
2. Faktor yang mempengaruhi kualiti hasil tanaman yang disimpan :
ˇ suhu
ˇ bekalan oksigen
ˇ kehadiran organisma perosak
ˇ kelembapan
3. Suhu yang sesuai untuk menyimpan hasil tanaman ialah 0ēC - 18ēC.
4. Suhu yang rendah akan mengurangkan kadar respirasi sel dan aktiviti enzim.
(Respirasi sel adalah proses kompleks (spt. proses fotosintesis) yang melibatkan aktiviti enzim dan sesetengah tindak balasnya berlaku di sitoplasma dan mitokondria)
5. Dengan ini hasil tanaman dapat disimpan lama dan kualitinya dikekalkan.
6. Organisma perosak (kulat & bakteria) juga kurang aktif pada suhu yang rendah.
7. Suhu yang tinggi (21ēC - 43ēC) akan meningkatkan kadar respirasi biji benih.
8. Jika kelembapan tempat penyimpanan mencukupi, biji benih akan terus bercambah.
Kecederaan
1. Suhu yang rendah akan melambatkan kematangan pokok.
2. Oleh itu tumbuhan tropika cepat matang kerana mendapat suhu yang tinggi.
3. Cth :
ˇ Pisang memerlukan suhu di antara 25ēC - 30ēC untuk pertumbuhan optimum.
ˇ Buahnya pula akan mengalami kejutan sejuk kalau disimpan dalam peti sejuk dimana kulitnya akan menjadi hitam.
4. Jika suhu terlalu tinggi akan mencederakan akar pokok dalam tanaman hidrofonik.
5. Jika suhu terlalu rendah (di barat), tumbuhan menjadi cedera dan rosak akibat tindakan fros.