Jawab semua soalan
1. Anda seorang penternak mendapati keadaan iklim yang tidak sesuai telah menimbulkan gangguan ke atas pertumbuhan dan pengeluaran hasil ternakan anda.
Nyatakan lima cara untuk mengatasi masalah tersebut dan huraikan bagaimana tiap-tiap satu yang anda nyatakan boleh mengurangkan gangguan iklim ke atas pertumbuhan dan pengeluaran hasil ternakan.
[20 markah]
2 Sebuah ladang mengalami masalah serangan serangga terhadap tanaman sayur-sayuran.
a. Nyatakan empat tindakan yang boleh diambil terhadap bidang usaha untuk mengatasi masalah itu.
b. Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan masalah tersebut berulang.
[20 markah]
3 Sebagai peladang, anda telah mengusahakan penanaman buah-buahan secara komersial. Anda telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat mengenai kawalan perosak bagi estet tersebut sama ada memilih kawalan kultura atau kawalan biologi.
Huraikan kelebihan dan kelemahan kedua-dua kaedah itu.
[20 markah]
Jawab
satu soalan
2. Maklumat berikut menunjukkan butir-butir kos dan hasil untuk kawasan seluas satu hektar dalam penanaman kacang panjang.
|
Tempoh pusingan semusim |
- 60 hari |
|
Anggaran jumlah hasil |
- 1500 kg |
|
Anggaran harga hasil |
- RM 2.00 / kg |
|
Kos luar jangka |
- 10% |
|
Butir kos |
Kos (RM) |
|
Sewa tanah |
250.00 |
|
Biji benih |
110.00 |
|
Membajak |
160.00 |
|
Membatas |
100.00 |
|
Membaja |
90.00 |
|
Baja |
200.00 |
|
Menyiram |
100.00 |
|
Racun kulat |
120.00 |
|
Racun rumpai |
80.00 |
|
Merumput |
90.00 |
|
Pengangkutan |
90.00 |
|
Memungut hasil |
80.00 |
a. Berdasarkan maklumat di atas, sediakan satu belanjawan dan hitungkan nilai pulangan setiap ringgit dilaburkan bagi bidang usaha tersebut.
b. Sekiranya peladang tersebut melaburkan modal sebanyak RM20,000.00 semusim, hitungkan:
i. Jumlah pendapatan semusim
ii. Nilai keuntungan semusim
iii. Jumlah keuntungan setahun
[20 markah]
5 Jadual di bawah menunjukkan maklumat tentang penanaman kelapa sawit seluas 0.6 hektar.
|
Keperluan nutrien |
30 kg (N) 45 kg (P2O5) |
|
Baja digunakan |
Ammonium sulfat (21%N) CIRP (35% P2O5 ) |
|
Jumlah hasil tahunan |
4.8 tan metrik |
|
Harga buah kelapa sawit |
RM 260.00 / tan metrik |
|
Kos upah pengutipan hasil |
RM 55.00 / tan metrik |
|
Kos upah penjagaan |
RM 240.00 |
Jadual 1
Kaji maklumat dalam Jadual 1 dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikut:
a. (i) Hitungkan kuantiti baja Ammonium sulfat
yang diperlukan.
(ii) Hitungkan jumlah kos pembelian baja Ammonium sulfat jika harga pasarannya ialah RM 30.00 untuk 50 kg baja.
b. (i) Hitungkan kuantiti nutrien P2O5 yang terdapat dalam baja NPK 12:12:17 seberat 50 kg.
(ii) Hitungkan kuantiti baja CIRP yang membekalkan jumlah nutrien P2O5 yang sama seperti dalam baja NPK 12:12:17.
c. Hitungkan jumlah pendapatan setahun.
d. Sekiranya pendapatan tahunan ialah RM 2,000.00, hitungkan nilai pulangan setiap ringgit kos buruh.
e. Jika kos buruh pada tahun hadapan meningkat sebanyak 10%, nyatakan tiga tindakan yang harus yang harus diambil oleh peladang tersebut.
[20 markah]
Jawab satu soalan
6 Anda dikehendaki melakukan pembiakan secara keratan batang ke atas pokok bunga kertas. Huraikan langkah-langkah yang anda jalankan untuk melakukan pembiakan tersebut.
7 Sebagai seorang Doktor Veterinar, huraikan satu prosedur membedah seekor ayam dewasa untuk mengenalpasti sistem pencernaannya. Huraian anda mestilah berasaskan perkara berikut:
a. bahan dan alatan yang digunakan
b. langkah-langkah pembedahan
c. langkah-langkah keselamatan
d. kesimpulan
KERTAS SOALAN TAMAT