Hakisan tanah
Hakisan
ialah proses perpindahan butiran tanah dari satu tempat ke tempat lain.
Faktor
mempengaruhi proses hakisan :
i. Topografi / Bentuk muka bumi
ii. Manusia
iii. Iklim
iv. Tekstur & struktur tanah / Sifat fizik tanah
Topografi
Topografi aialah bentuk muka bumi yang bercerun-curam.
Semakin curam sesuatu kawasan semakin mudah terhakis apabila hujan.
Kawasan yang landai kurang mengalami hakisan berbanding dengan kawasan yang curam.
Manusia
Aktiviti manusia yang tidak terancang akan menyebabkan hakisan tanah tidak terkawal.
Kawasan yang terdedah tanpa tanaman penutup bumi mudah dihakis apabila hujan.
Teknik pemugaran seperti menuruni cerun juga menyebabkan berlaku hakisan tanah yang tidak terkawal.
Iklim
Iklim berperanan dalam menentukan hakisan tanah.
Faktor iklim melibatkan:
jangka masa hujan turun
kuantiti hujan turun
daya timpaan hujan
laju & isipadu larian air
tekstur & struktur tanah
kadar penyerapan air ke dalam tanah
Tekstur & struktur tanah
kadar penyerapan air ke dalam tanah bergantung kepada tekstur dan struktur tanah.
tanah berpasir / butir rapuh lebih mudah dihakis berbanding tanah berstruktur berlapis seperti tanah liat.
tanah berpasir / butir rapuh lebih longgar dan mudah dilarikan air hujan.