Akhir tahun setara Daerah Petaling

Bahagian A

 Jawab semua soalan

 1.      Anda bercadang untuk mengusahakan sebuah pusat hortikultur hiasan. Nyatakan empat kegunaan pengawalatur pertumbuhan dan huraikan bagaimana penggunaan pengawalatur pertumbuhan tersebut dapat membantu anda untuk meningkatkan pengeluaran hasil di pusat semaian tersebut.

[20 markah]

 

2.      Hujan lebat yang turun sering mengakibatkan kejadian tanah runtuh khasnya di kawasan tanah tinggi. Sebagai seorang pegawai di Jabatan Alam Sekitar, anda dikehendaki menerangkan kepada orang ramai tentang:

(a)          kepentingan hujan kepada tumbuhan.

(b)         faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh.

(c)          langkah-langkah untuk mengurangkan kejadian tanah runtuh.

[20 markah]

 3.      Sebagai Pegawai Perlindungan Tumbuhan di sebuah syarikat swasta telah mengusahakan penanaman buah-buahan secara komersial. Anda telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat mengenai kawalan perosak bagi estet tersebut.

Nyatakan kaedah-kaedah pengawalan yang boleh anda gunakan dan huraikan kelebihan dan kelemahannya.

[20 markah]

 Bahagian B 

Jawab satu soalan sahaja 

4.      Baja yang disyorkan untuk suatu jenis tanaman adalah 69kg N, 70kg P2O5 dan 90kg K2O sehektar. Baja yang disyorkan ialah Urea (46% N), CIRP (35% P2O5) dan Muriat Potasy (60% K2O).

(a)    Berapakah baja yang diperlukan untuk membajai kawasan tanaman seluas lima hektar?.

(b)   Nyatakan empat kebaikan dan empat keburukan baja kimia berbanding dengan baja organik.

[20 markah]

 

Umur (minggu)

Rumusan Makanan A

Rumusan Makanan B

Pengambilan Makanan (g)

Pertambahan Berat Badan (g)

Pengambilan Makanan (g)

Pertambahan Berat Badan (g)

1         

78

94

80

90

2         

260

160

260

150

3         

380

210

390

195

4         

554

280

560

250

5         

610

290

620

260

6         

670

292

680

280

7         

750

298

750

290

 Jadual 1 

5        Jadual 1 menunjukkan petikan catatan daripada kajian tentang kesan pemberian rumusan makanan A dan B terhadap prestasi pembesaran sejenis ayam pedaging.

(a)    Hitungkan nisbah penukaran makanan ayam pedaging itu bagi kedua-dua rumusan makanan bagi tiap-tiap minggu. Buatkan jadual untuk mencatatkan hitungan anda.

(b)   i.      Lukiskan graf nisbah penukaran makanan melawan umur bagi tiap-tiap rumusan makanan pada kertas graf yang bekalkan. Labelkan kedua-dua keluk itu.

ii.       Nyatakan kesimpulan daripada graf yang anda lukis.

(c)    Sekiranya berat ayam di akhir kajian adalah seperti berikut:

i.         Berat ayam yang diberi rumusan makanan A = 2.0 kg

ii.       Berat ayam yang diberi rumusan makanan B = 1.9 kg

            Hitungkan nisbah penukaran makanan bagi kedua-dua rumusan makanan itu.

[20 markah]

 Bahagian C

 Jawab satu soalan sahaja

 6.      Jiran anda bercadang untuk menanam kobis di dalam pasu. Terangkan langkah-langkah menanam kobis daripada menyemai hingga mengubah ke pasu.

[20 markah]

 

7.      Sebagai seorang pegawai penyelidik tumbuhan, anda dikehendaki mengenalpasti tanah yang sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan. Tanah yang dikaji ialah tanah liat, tanah berpasir dan tanah peroi.

Huraikan satu eksperimen menunjukkan kesan tanah yang berbeza ke atas pertumbuhan tumbuhan berdasarkan maklumat berikut:

(a)    bahan dan alatan

(b)   langkah-langkah yang dilakukan

(c)    kesimpulan

[20 markah]

 kertas soalan tamat

JAWAPAN

HOME

Hosted by www.Geocities.ws

1