Elemen 5:         Eksperimen / Prosedur

Soalan 6 & Soalan 7

 

Tahun

Soalan

1996

Anda dikehendaki mengawal serangan serangga perosak ke atas tanaman di kawasan sekolah. Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menyembur racun serangga ke atas tanaman tersebut.

 

Semua pelajar Tingkatan 5 Pertanian dikehendaki menyediakan bahan penanaman bagi satu projek penanaman pokok buah-buahan di kawasan sekolah. Anda dipilih untuk menyediakan tut. Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menyediakan tut itu.

 

1997

Seorang rakan bertanyakan tentang cara melakukan pembiakan tumbuhan menggunakan kaedah cantuman baji.

Huraikan langkah-langkah melakukan kaedah pembiakan itu kepada rakan anda.

 

Anda dikehendaki menjayakan projek menanam cendawan tiram putih menggunakan rumah cendawan di kawasan sekolah.

Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menanam cendawan tiram putih dalam beg politena menggunakan hampas kapas.

 

1998

Huraikan satu eksperimen mengkultur tisu cendawan.

Huraian hendaklah dibuat berdasarkan:

(a)      Penyediaan medium.

(b)      Langkah-langkah yang dilakukan.

(c)      Pernyataan keselamatan bagi aktiviti tertentu.

(d)      Penjelasan tentang kejayaan eksperimen yang dibuat.

 

Cahaya diperlukan untuk anak benih kacang panjang menghasilkan kanji.

Huraikan satu eksperimen makmal untuk membuktikan pernyataan di atas.

 

1999

Seorang pelajar Tingkatan 5 ingin menentukan pH tanah kawasan di kawasan penanaman kebun sayuran ayahnya.

Huraikan satu eksperimen makmal yang melibatkan penggunaan barium sulfat untuk menentukan pH tanah kebun sayuran itu.

 

Seorang penternak lembu ingin melakukan permanian beradas ke atas ternakannya.

Huraikan langkah-langkah permanian beradas yang perlu diikuti oleh penternak itu bermula dari pengumpulan semen sehingga penyuntikan semen.

 


 

Tahun

Soalan

2000

Huraikan satu eksperimen makmal untuk menentukan kelas tekstur satu sampel tanah menggunakan kaedah mendakan.

 

 

 

 

PEMINDAHAN EMBRIO

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


RAJAH 1

 

 

Rajah 1 menunjukkan carta alir pembiakbakaan lembu menggunakan kaedah superovulasi dan pemindahan embrio.

 

Berdasarkan Rajah 1, huraikan langkah-langkah bagi melakukan tiap-tiap yang berikut:

 

(a)      Pengumpulan dan penyimpanan semen.

(b)      Penyuntikan semen.

(c)      Pemindahan embrio.

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1