Elemen 4 : Kuantitatif
Soalan 5
1996
Sejenis baja campuran NPK dengan nisbah 12:15:17 perlu disediakan untuk keperluan pembajaan bagi satu kawasan kelapa sawit. Program pembajaan itu memerlukan 1 000 kg baja campuran yang terdiri daripada urea, fosfat asli dan muriat potasy. Jadual di bawah menunjukkan butir-butir tentang baja tersebut.
|
Baja |
Kandungan
nutrien |
Kos
(RM) bagi setiap 50 kg |
|
Urea |
46% N |
20.00 |
|
Fosfat asli |
30% P2O5 |
15.00 |
|
Muriat potasy |
60% K2O |
25.00 |
Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan;
(a) Kandungan (dalam berat) bagi tiap-tiap nutrien dalam baja campuran yang hendak disediakan.
(b) Jumlah bagi tiap-tiap baja yang diperlukan dalam baja campuran tersebut.
(c) Kos baja campuran itu.
1997
|
Kepadatan
penanaman (Bil.pokok/ha) |
Purata
Hasil (kg/pokok) |
|
|
Varieti
A |
Varieti B |
|
|
900 |
2.8 |
3.0 |
|
1 300 |
2.6 |
2.3 |
|
1 600 |
2.3 |
2.0 |
|
2 300 |
1.7 |
1.5 |
|
4 000 |
0.6 |
0.5 |
Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan purata hasil varieti A dan B sejenis tanaman yang diperoleh pada kepadatan penanaman yang berbeza.
(a) Hitungkan jumlah hasil sehektar bagi kedua-dua varieti pada kepadatan penanaman yang diberikan. Buat satu jadual untuk mencatatkan hitungan anda.
(b) (i) Lukiskan graf hasil sehektar bagi kedua-dua varieti melawan kepadatan tanaman, pada kertas graf yang dibekalkan. Labelkan kedua-dua keluk itu.
(ii) Nyatakan kesimpulan daripada graf yang anda lukiskan.
(c) Pada kepadatan penanaman berapakah, kedua-dua varieti tanaman itu memberikan jumlah hasil yang maksimum?
Tunjukkan pada graf bagaimana anda memperoleh jawapan itu.
1998
Encik Ali memiliki sebuah ladang yang ditanam dengan klon rambutan R 170 seluas 5 hektar. Kadar nutrien yang diperlukan sehektar oleh klon rambutan itu ialah 72 kg N, 110 P2O5 dan 180 kg K2O.
Sekiranya program pembajaan tanaman rambutan Encik Ali menggunakan tiga jenis baja iaitu NPK (12:12:17), fosfat super ganda tiga (48% P2O5) dan muriat kaliam (60% K2O), hitungkan amaun setiap baja yang digunakannya untuk membaja ladang rambutan itu.
1999
|
Jenis Pembajaan |
Masa Pembajaan |
Jenis Baja |
Harga Baja |
Kadar Baja |
Bilangan Buruh |
Jam Kerja/Buruh |
|
Pembajaan Asas |
1 – 2 minggu sebelum menanam |
CIRP (36% P2O5) |
RM40.00/ 50 kg |
100 g/ lubang |
4 orang |
2 jam @RM2.50/jam |
|
Tinja lembu |
RM25.00/ 50 kg |
5 kg/hektar |
||||
|
Pembajaan Sisi Pertama |
1 bulan selepas menanam |
NPK 15:15:15 |
RM45.00/ 50 kg |
300 kg/hektar |
2 orang |
2 jam @RM2.50/jam |
|
Pembajaan Sisi Kedua |
3 bulan selepas menanam |
NPK 15:15:15 |
RM45.00/ 50 kg |
400 kg/hektar |
2 orang |
2 jam @RM2.50/jam |
|
Pembajaan Sisi Ketiga |
6 bulan selepas menanam |
NPK 12:6:22:3 |
RM42.00/ 50 kg |
500 kg/hektar |
2 orang |
2 jam @RM2.50/jam |
Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan program pembajaan 6 bulan pertama bagi tanaman pisang pada kawasan seluas satu hektar.
Kaji maklumat dalam Jadual 2 dan hitungkan yang berikut:
(a) (i) Jumlah kos baja asas bagi satu lubang penanaman.
(ii) Jumlah kos baja asas bagi sehektar jika bilangan pokok pisang adalah 1660 pokok sehektar.
(b) Kuantiti TSP (46% P2O5 ) diperlukan setiap lubang. Bagi menggantikan baja CIRP (36% P2O5) untuk pembajaan yang tidak terdapat di pasaran.
(c) (i) Kuantiti unsur N yang perlu diberikan dalam pembajaan sisi pertama.
(ii) Kuantiti unsur K2O yang perlu diberikan dalam pembajaan sisi ketiga.
(d) (i) Jumlah jam bekerja yang diperlukan untuk program pembajaan pada bulan pertama.
(ii) Jumlah kos buruh untuk program pembajaan pada 6 bulan pertama.
2000
|
Umur (minggu) |
Purata berat seekor ayam (g) |
Purata kuantiti makanan dimakan seekor ayam (g) |
|
1 |
100 |
75 |
|
2 |
250 |
255 |
|
3 |
470 |
376 |
|
4 |
750 |
522 |
|
5 |
1 040 |
606 |
|
6 |
1 330 |
670 |
|
7 |
1 630 |
746 |
Jadual 2(a)
|
Kos Makanan |
RM1.10/kg |
|
Harga Pasaran Ayam Hidup |
RM3.00/kg |
Jadual 2(b)
Jadual 2(a) dan 2(b) menunjukkan rekod maklumat dalam satu bidang usaha penternakan ayam pedaging sebanyak 2000 ekor.
Kaji maklumat dalam Jadual 2(a) dan 2(b) dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikut:
(a) Hitungkan;
(i) jumlah kuantiti makanan yang diambil oleh seekor ayam,
(ii) jumlah kos makanan bagi bidang usaha itu,
(iii) purata pendapatan daripada jualan seekor ayam pada minggu ketujuh,
(iv) jumlah pendapatan jika semua ayam dijual pada minggu ketujuh.
(b) (i) Hitungkan nisbah penukaran makanan pada minggu keempat.
(ii) Berdasarkan jawapan pada 5(b)(i), hitungkan kuantiti makanan yang diperlukan untuk menghasilkan 2 kg berat badan ayam.
(c) Hitungkan nilai pulangan setiap kilogram makanan bagi seekor ayam dalam penternakan ayam itu.
(d) Jika kadar kematian ayam adalah 10%;
(i) hitungkan jumlah ayam yang mati dalam tempoh tujuh minggu itu,
(ii) hitungkan jumlah sebenar anak ayam yang perlu disediakan pada permulaan penternakan bagi memenuhi kontrak membekalkan 5 000 ekor ayam.