Elemen 2: Penyelesaian Masalah
Soalan 2
|
Tahun |
Soalan |
|
1996 |
Seorang peladang mengusahakan tanaman jambu batu di kawasan tanah bekas lombong. Tanaman jambu batunya didapati tidak hidup dengan subur dan ini adalah berpunca daripada tapak penanaman tersebut. Anda sebagai seorang Pegawai Pertanian ditugaskan untuk menyelesaikan masalah itu. (a) Terangkan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mengenal pasti punca masalah tersebut. (b) Cadangkan dan terangkan cara untuk mneyelesaikan masalah itu. |
|
1997 |
Seorang peladang yang mengusahakan penanaman sayuran mendapati tanda-tanda penyakit kulat merebak di kawasan tanaman sayurannya. Anda sebagai seorang Pegawai Pertanian ditugaskan untuk membantu peladang mengatasi masalah itu. (a) Terangkan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mengenal pasti punca masalah itu. (b) Cadangkan dan terangkan cara untuk menyelesaikan masalah itu. |
|
1998 |
Anda mengusahakan satu ladang ternkan lembu tenusu dan mendapati sebahagian daripada ternakan itu diserang oleh sejenis penyakit. Bagaimanakah anda mengenalpasti punca penyakit itu dan huraikan cara mengatasi masalah berkenaan? |
|
1999 |
Seorang penternak ayam secara komersial membuat aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan tentang kematian sebahagian besar ayam peliharaannya. Huraikan tiap-tiap perkara berikut: (a) Tiga cara mengenal pasti masalah itu. (b) Empat langkah mencegah masalah itu daripada berulang. |
|
2000 |
Sebuah ladang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh. Huraikan: (a) lima tindakan yang boleh diambil terhadap bidang usaha untk mengatasi masalah itu, (b) lima cara untuk meningkatkan produktiviti tenaga buruh yang terhad. |
|
|
|