1. Faktor cahaya dan suhu penting dalam mempengaruhi pertumbuhan dan pengeluaran hasil tanaman.
a. Huraikan bagaimana kedua-dua faktor ini mempengaruhi pertumbuhan dan pengeluaran hasil tanaman.
b. Cadangkan tiga kaedah bagi tiap-tiap faktor di atas perlu diamalkan untuk pertumbuhan tanaman yang maksimum.
2. Sebagai seorang pengurus ladang, anda diminta mengusahakan sebidang tanah bagi penanaman kelapa sawit. Sebahagian kawasan tersebut berbukit, mempunyai kecerunan 10 – 30 darjah dan diliputi oleh hutan serta pokok getah tua. Kawasan selebihnya adalah tanah pamah, bergambut dan ditumbuhi belukar.
Bagaimanakah anda hendak menjalankan operasi permulaan ladang?
3. Anda seorang penternak mendapati keadaan iklim yang tidak sesuai akan menimbulkan gangguan ke atas pertumbuhan dan pengeluaran ternakan anda.
Nyatakan lima cara untuk mengatasi masalah tersebut dan huraikan bagaimana tiap-tiap cara yang anda nyatakan boleh mengurangkan gangguna iklim ke atas pertumbuhan dan pengeluaran ternakan.
4. Huraikan lima peranan agensi-agensi pertanian dalam membantu petani meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
5. Bincangkan penanaman kelapa sawit dan getah di pantai barat Semenanjung Malaysia berdasarkan :
a. Faktor-faktor yang menggalakkan taburan penanamannya;
b. Peranan agensi-agensi pertanian untuk memajukan industri kelapa sawit dan getah.
6. Sebagai Pegawai Pengembangan Pertanian peringkat negeri, anda telah ditugaskan untuk membantu seorang peladang membangunkan tanah bekas lombong secara komersial.
a. Nyatakan kelemahan-kelemahan tanah bekas lombong serta kesannya yang menghadkan aktiviti pertanian.
b. Terangkan bagaimana pertanian bersepadu boleh dijalankan sebagai pilihan untuk memajukan tanah tersebut.
7. Pertanian di Malaysia perlu lebih berdaya maju dan inovatif supaya boleh terus bersaing dalam industri lain dalam perkembangan ekonomi negara.
a. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan di Malaysia.
b. Apakah usaha-usaha sektor pertanian bagi meningkatkan pengeluaran berdasarkan trend masa kini.