Utusan Melayu, 1 August 2002
Indeks awal perumahan diperlukan
KUALA LUMPUR 31 Julai - Kerajaan perlu menubuhkan indeks awal perumahan bagi memantau perkembangan industri hartanah dan pembinaan dan sektor-sektor berkaitan dengannya, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia, Dr.P.H.S. Lim.
"Indeks ini akan memberi satu petunjuk mengenai prestasi pembekalan setiap industri-industri tersebut," katanya dalam memorandum semasa dibentangkan dalam dialog belanjawan tahunan sesi pertama yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin di sini hari ini.
Indeks ini perlu bukan sahaja untuk industri pembinaan tetapi juga bagi industri perbankan dan bidang perniagaan berkaitan," katanya.
Sesi dialog belanjawan tahunan kedua akan diadakan paga 7 Ogos dan 10 Mei ini.
SC diminta hukum individu bukan syarikat awam
KUALA LUMPUR 31 Julai - Suruhanjaya Sekuriti (SC) perlu mengenakan denda kepada individu yang disabitkan bersalah atas kesalahan melanggar pelbagai undang-undang syarikat, sekuriti serta garis panduan penyenaraian dan bukan terhadap syarikat korporat.
Menurut Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (PPM) Dr.PHS Lim, jika denda itu dikenakan terhadap sesebuah syarikat korporat, ia akan menjejaskan kesemua pemegang saham termasuk saham minoriti yang tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Individu-individu sebagai perancang dan pekerja-pekerja syarikat yang sebenarnya melanggar undang," katanya dalam satu memorandum bagi dialog belanjawan 2001 di sini hari ini.
Mengenai penjualan paksaan saham-saham oleh sesetengah broker saham, PPM menyarankan agar satu peraturan mandatori dalam perjanjian gadai janji yang mana pembiaya-pembiaya tidak harus bertindak ke atas penjualan paksaan apabila nilai agregat sandaran adalah lebih rendah daripada pinjaman tidak dijelaskan.
Selain itu, undang-undang kontrak yang adil bagi dokumen-dokumen perjanjian antara syarikat broker saham dengan pelanggan juga perlu diwujudkan.
Katanya, sebahagian daripada kertas itu berat sebelah dan ia menghina undang-undang sivil serta undang-undang kontrak.