http://www.mgaa-org.net.tc

 

 

Menu

 

 - HOME

 - Seismology

 - Meteorology

 - Geology & Oceano

 - Astronomy

 - Report Earthquake

 - Tsunami Warning

 - Satellite Image

 - Radar Image

 - News Release

 - Articles

 - Who are we?

 - Contact Us

 - Feedback

 - Links

Last Updated:
29-May-2005 11:11 AM

Pelawat sejak 31 Mac 2005
Free Tell A Friend from Bravenet.com

Malaysia Maju 2020

 

 

       Welcome to Malaysia Geological and Atmosphere Administration

 

 :: KEJADIAN GEMPA BUMI ::  

 

Gempa bumi berlaku apabila permukaan bumi bergerak. Mangsa gempa bumi akan mendapati bahawa bencana luar biasa itu amat merunsingkan. Kita rasakan bumi amat pejal dan selamat tapi tiba-tiba bumi bergegar dan merekah. Gempa bumi mengingatkan kita bahawa kerak bumi amat nipis berbanding dengan saiz bumi. Dibawah kerak, terdapat beberapa ribu kilometer batuan lebur dan logam yang sangat panas serta tekanan tinggi. Kerak bumi dibahagikan kepada plat-plat besar yang bergerak perlahan-lahan. Sempadan plat adalah garis-garis lemah dalam kerak. Di garisan ini kita meyaksikan kesan dari bahagian dalam bumi yang aktif.

Gempa bumi berlaku apabila dua plat saling bergegaran. Contohnya di California, sesar San Andreas yang terkenal menandakan sempadan di antara plat Amerika Utara dan plat pasifik. Kedua-dua plat ini bergerak sedikit ke arah yang berlainan beberapa sentimeter setahun. Bagaimanapun, pergerakan ini tidak lancar. Beban kerak dan geseran di antara batuan menghasilkan pergerakan plat yang kurang lancar.

Untuk beberapa tahun plat tidak bergerak langsung tetapi tekanan semakin meningkat. Tiba-tiba tekanan menjadi terlalu kuat dan plat-plat pun terlonjak lalu mengakibatkan gempa bumi. Saiz lonjakan bergantung pada jumlah tekanan yang terbina. Gempa bumi yang kecil akan dirasai sebagai deram-derum ringan dibawah kaki kita. Gempa bumi yang lebih besar boleh menyebabkan serombong asap dan pokok tumbang. Gempa bumi yang buruk boleh menumbangkan bangunan, memecahkan jalan dan jambatan, memusnahkan perkhidmatan elektrik,gas dan telefon serta juga mengakibatkan banjir besar dan Tsunami.

 

 
 
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION
Any comment or suggestion please e-mail it to:webmaster
©2003-2005 All Right Reserved-
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION, Kota Kinabalu,Sabah

 

Hosted by www.Geocities.ws

1