
Hamster2k
Suatu hari aku terdengar ayah bertengkar dengan emak di dapur rumah. Aku bersama adik-adik diam tidak berkata apa-apa. Bukan sekali itu mereka bertekak, malah telah banyak kali aku mendengar ayah dan emak bertengkar pada waktu malam.
Hari itu pertelingkahan berlaku kerana duit. Emak meminta duit belanja dapur. Ayah memarahi emak kerana dia tidak memiliki duit lebih lagi. Dia mengatakan emak terlalu boros berbelanja. Aku tidak tahu siapa yang betul. Tetapi aku amat kecewa kerana keluarga kami tidak pernah aman. Malah, aku dan adik-adik tidak pernah ada wang belanja untuk ke sekolah.
Kerana itulah, setelah tamat peperiksaan SRP aku berhenti belajar. Ramai kawan dan guru yang kecewa dengan pilihan aku. Aku terpaksa. Ketika itu aku sudahpun mempunyai dua orang adik. Aku memohon izin emak dan ayah untuk bekerja di Kuala Lumpur. Emak melepaskan aku dengan linangan air mata.
Di Kuala Lumpur, aku bekerja di sebuah kilang elektronik. Dengan wang gaji yang aku terima, sedikit kukirimkan ke kampung untuk belanja dapur emak. Aku tahu tentu emak sering dimarahi oleh ayah. Aku sendiri selalu berfikir tentang masa depan adik-adikku. Demi mereka, aku selalu membuat kerja overtime untuk mendapat duit lebih. Aku mula belajar sendiri untuk menduduki peperiksaan SPM.
Dua tahun lamanya, aku bersusah payah bekerja overtime dan belajar sendiri, hasilnya tidak pernah kusangka, aku lulus peperiksaan SPM yang aku ambil sebagai calon persendirian. Tidak lama kemudian aku memohon kerja di tempat lain. Nasib aku baik, aku diterima dan dihantar berkursus ke Jepun. Di sana lebih banyak yang aku pelajari tentang kehidupan ini. Kini, aku baru saja kembali dari sana dan memulakan kerja dengan gaji yang lebih tinggi dan kerja yang lebih selesa. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana dapat membantu keluarag aku dan yang paling penting, persekolahan adik-adik aku. Aku sangat berharap mereka akan menjadiorang yang berjaya. Aku semakin sedar bahawa kalau kita mahu berjaya tentu sekali banyak cabaran yang pasti merentangi usaha kita.
Original Story by Hamster 2K(2000)
Edited by MFN
This story is not based on any true story. The writer's responsible to any similarity in the story with his personal life.
Send your comments here
Get to know Hamster2k.
MFN's Art & Fiction Site
MFN 2003 Homepage.Best viewed using IE4 or higher. Created by MFN. This page is not to be copied or distributed in any ways without the permission of MFN himself. For more information about Copyright/Disclaimer of this homepage, click here.