____________________
PLATUN CEKAP1
Versi 2000
A story by MFN
MALAYSIA- 20XX…
Sebuah kapal angkasa berbentuk cakera dwicekung telah mendarat di
sekitar Bandar Temerloh Baru…
Semenjak peristiwa itu, ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal,
dan ramai juga yang hilang serta tidak dapat dikesan. Ke manakah perginya
mangsa yang hilang itu? Adakah mereka telah diculik? Ataupun dibunuh? Pihak kerajaan
telah menubuhkan sebuah pasukan khas yang ditugaskan untuk menyiasat kawasan
yang dikatakan pusat pendaratan makhluk-makhluk asing tersebut. Adakah mereka
ini memang makhluk asing dari planet lain- kerana menurut suatu sumber, seorang
penduduk di sebuah Bandar di Pekan menyatakan bahawa dia telah ternampak lembaga
berbentuk seperti manusia dan membuat huru-hara di Bandar tersebut? Kajian para
saintis juga membuktikan bahawa makhluk ini lebih menyerupai android,
berbanding makhluk asing. Oleh itu, suatu peperangan telah tercetus dalam
menyelesaikan misteri yang bermain di dalam pemikiran ramai pihak…
Aku prebet Mohd Fayadh Nur, seorang penulis laporan platun ini dan
juga seorang perajurit. Aku menyertai platun ini dan dimasukkan ke dalam skuad Rabu
oleh Leftenan Radly atau lebih dikenali sebagai Lt. Radly, ketua platun ini.
Beliau seorang yang tegas dan mengambil berat ahli platunnya. Ada juga yang
memberi gelaran 'Maximus alaf baru' kepadanya.Aku memang suka berseorangan dan
sentiasa memikirkan tentang erti peperangan ini, iaitu peperangan di antara
manusia dan angkatan tentera ACC (Korperasi Android dan Cyborg), yang masih
berterusan dan tidak putus-putus …
* * * * *
Kulihat di sebelah kiriku, Koperal Hanafiah sedang memakai pakaian
pelindung berwarna hijau yang dilengkapi dengan tali pinggang beserta 3 biji
bom tangan perosak, 2 pek peluru yang agak berat dan sepucuk pistol berukuran
lebih kurang setengah meter. Beliau mengambil selaras senapang LMG 32 yang
tergantung di suatu dinding khas.
Ahli-ahli platun yang lain turut mengambil senapang masing-masing.
Mereka kelihatan sungguh bersemangat dan brsedia untuk berperang, sungguhpun
mereka tidak sampai setahun pun menyertai peperangan ini. Mereka menerima
latihan yang agak berat sebelum ini, tetapi tidak mungkin dapat menerima
hakikat sebenar peperangan. Aku hanya berdiam diri. Kemudian, aku berjalan
menuju Koperal Hanafiah yang masih bergegas memakai pakaian pelindungnya.
Aku pun menegurnya, "Bersemangat nampaknya."
Beliau hanya tersenyum, kemudian berlari menuju ke arah pintu,
diikuti dengan yang lain. "Apa kamu tunggu lagi, cepatlah!" sahut
Lans Koperal Raof.
Koperal Amier menyanyikan sepotong lagu, mengenakan aku, "Jangan
tunggu lama-lama, nanti lama-lama, kamu diambil orang,"
Aku segera bergegas mengambil pakaian pelindung lalu aku
memakainya…
* * * * *
Lt. Radly sedang menunggu di bilik penerangan, bersebelahan dengan
landasan kapal terbang. Beliau memakai cermin mata, segak dan tenang. Perajurit
veteran yang baru saja dinaikkan pangkatnya, Sarjan Dayana berdiri bersebelahan
dengannya. Kami duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Lt. Radly memulakan
penerangannya dengan penuh semangat, "Baiklah, kita akan tiba di sekitar
Temerloh. Platun ini akan berpecah mengikut skuad masing-masing.Kita perlu
hapuskan pangkalan-pangkalan android di sana satu persatu."
Di sebelah kiri beliau terdapat sejenis skrin lutsinar. Ia mula
bercahaya lalu menunjukkan peta di sekitar kawasan Temerloh. Titik-titik
pertemuan juga turut ditunjukkan. Lt. Radly menunding jarinya ke arah
tempat-tempat yang harus dilalui skuad masing-masing.
Kami memahami setiap yang diperkatakan Lt. Radly. Prebet Nadzrul
pula sebaliknya, tertidur lena. Prebet Abdul cuba mengejutkannya. Lt. Radly
meneruskan kata-katanya, "Kita akan bertemu di titik pertemuan Rabu. Skuad
Rabu akan cuba 'membersihkan' kawasan tersebut. Faham?"
Skuad Rabu menjawab serentak, "Faham,tuan!"
Aku tahu tugas ini mungkin terlalu bahaya bagiku, kerana aku harus
menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang aku lakukan. Sekiranya 'mereka'
menyerang hendap dari belakang, maka lenyaplah skuad kami.
Cuma 8 orang perajurit sahaja dalam skuad Rabu termasuk diriku
sendiri. Skuad ini diketuai oleh Lans Koperal Abdul Raof. Beliau agak sombong
dan suka berlagak, mentang-mentanglah beliau baru mendapat pangkat lans koperal
lebih kurang 2 bulan yang lalu. Beliau telah menamatkan peperangan di Pekan
dengan terhapusnya pangkalan android di sana.
Setelah lama memberikan penerangan, beliau mengakhirinya,
"Saya harap kamu semua berjaya, semoga manusia hidup aman damai."
Kami menyahut kata-katanya dengan penuh semangat, "Huh!"
* * * * *
Di dalam helikopter Merbuk 66 yang dikendalikan oleh Lt. Fatihah,
pasukan Rabu sedang berbual-bual kosong, seperti tidak bersedia untuk berperang.
Aku duduk di hujung sekali. Aku cuba untuk menulis laporan, akan tetapi gegaran
helikopter menyebabkan aku berasa runsing untuk memulakannya. Aku menoleh
mukaku ke arah Lans Koperal Raof di sebelahku. Ketika itu Prebet Bukhari sedang
menghina Prebet Abdul, dengan mengatakan bahawa beliau nampaknya seperti
teringatkan Lt. Kistina, yang sering diperkatakan oleh ahli-ahli platun yang
lain. Lans Koperal Raof juga menyokong apa yang diperkatakannya, kerana beliau
juga ingin mengenakan Prebet Abdul. Aku mencelah dengan berkata, "Kau tu
apa bezanya, Lans. Kan Top 10 kau tu…"
Belum sempat aku meneruskan kata-kataku, beliau menepuk bahuku
dengan begitu kuat. Dalam keadaan marah, beliau berkata, "Kau hutang aku
15 lagi!"
Kami semua ketawa, termasuk Lt. Fatihah dan co-pilotnya,
Lt. Hanisah.
Aku berpaling mukaku ke arah pemandangan di kaca tingkap
helikopter. Aku lihat beratus-ratus buah helikopter terbang keluar dari
berpuluh-puluh buah kapal induk yang besar. Aku fikir peperangan ini melibatkan
satu divisyen yang besar.
* * * * *
Helikopter Merbuk mendarat di sebuah lapangan sekitar hutan
Temerloh. Merbuk 23 turut mendarat, menandakan skuad Selasa yang diketuai oleh
Lt. Radly akan mengiringi kami dalam objektif pertama. Lt. Radly keluar dari
helikopter, diikuti Sarjan Dayana dan ahli-ahli skuad yang lain. Lt. Radly
mendekati Lans Koperal Raof. Raof memberi tabik hormat kepadanya, dan beliau
membalasnya. Lt. Radly memberikan arahan pertamanya, "Sekarang kita berda
di Titik Tuju Khamis. Berhati-hati dengan ACC mahupun Tentera BEBAS. Sarjan
Dayana…"
Beliau berpaling mukanya ke arah Sarjan Dayana. Beliau memahami
apa yang dimaksudkan Lt. Radly. Beliau mengangguk-anggukkan kepalanya, lalu
memberi arahan kepada kami, "Bergerak ke Titik Rabu, sekarang!"
Beliau mengangkat senapang LMG 32nya dan bergerak menuju arah
selatan. Kami menurut printahnya, lalu kami mengejarnya dari belakang.
Lt. Radly berada di hadapan sekali. Beliau memerhatikan sekeliling
hutan yang agak tebal. Lans Koperal Raof berada di belakang skuad Selasa.
Lt. Radly kemudiannya memegang transmitter di sebelah kanan
topi keledar taktikalnya. Beliau cuba menyambung transmisi kepada Skuad Isnin,
jauh di selatan. "Skuad Isnin…Skuad Isnin…Sila jawab,over!"
Beliau menunggu sebentar, namun tiada sebarang jawapan diterima.
Beliau mengulangi kata-katanya, tetapi masih tiada jawapan diterima."Kita
dah kehilangan Isnin," ujar beliau.
Prebet Dhuha, bertanggungjawab sebagai komunikator, memberi
cadangan."Tuan, lebih baik kita cuba menggunakan transmisi jarak jauh,
mungkin boleh," Beliau menepuk beg yang digalasnya.
Lt. Radly memberitahunya, "Jangan, kita harus menggunakan transmitter
jarak dekat. Jika tidak, kita akan dikesan musuh,"
Kami meneruskan perjalanan…
* * * * *
Tiba-tiba, pancaran laser kelihatan merentasi pandangan kami. Lt.
Radly mengarahkan kami supaya meniarap. Beliau memberi arahan seterusnya,
"Kita sudah dikepung, pecahkan formasi!"
Dalam keadaan meniarap, kami bergerak keluar dari formasi. Masing-masing
bertindak pantas. Prebet Dhuha tidak sempat keluar dari formasi, sebaliknya
bahu kanannya ditembak oleh android tersebut. Darah mengalir melalui bahu
kanannya ke bawah perlahan-lahan. Pasukan android tersebut maju ke hadapan,
cuba mengepung kami. Jumlah mereka melebihi 35 orang.
Prebet Dhuha mengerang kesakitan.Lt. Radly berlari menuju ke
arahnya dan terus mengangkat kakinya. "Sarjan Dayana, tolong saya!"
beliau mengeluh.
Sarjan Dayana bergegas mengangkat kepalanya pula. "Bawa dia
ke Prebet Fatin!"
Bunyi letupan berturut-turut melemahkan keyakinan Lt. Radly untuk
berundur ke belakang.
Aku cuba mengisi peluru LMG 32. Aku mengacukan senapangku ke arah
salah satu android yang mempunyai rupabentuk manusia. Ia berlari menuju semak-
samun, cuba menyukarkan penglihatanku. Aku terus menembak, dan cahaya kuning
samar-samar kelihatan. Android itu terjatuh, setelah kakinya ditembak.
Prebet Fatin mencapai kepala Prebet Dhuha. Lt. Radly kelihatan
berpeluh, tetapi berharap agar beliau terselamat. Sarjan Dayana melepaskan
kepala Prebet Dhuha, lalu memberitahu Lt. Radly, "Tuan, nisbah tentera
kita dengan mereka kurang daripada 1 kepada 2!"
* * * * *
Lans Korporal Raof menembak salah satu daripada android tersebut
dengan penuh keyakinan. Beliau menjerit kegembiraan kerana ia meletup setelah
ditembak berkali-kali. Kelihatan lendir berwarna kelabu memancut keluar dari
badan android itu. Beliau kemudiannya mara ke hadapan dengan pantas lalu
mencampak sebiji bom tangan yang dipegangnya pada tangan kirinya dari tadi, ke
arah satu lagi android di sebelah kanannya. Malang sekali bagi beliau, kerana
ditembak dari atas ke arah lengannya. Beliau menoleh mukanya ke atas, dan
ternampak android yang menembaknya tadi.
"Jahanam kau," beliau mengeluh.Senapangnya terjatuh,
tetapi beliau masih berdiri dengan lemah.
Aku berdiri di sebalik pokok.Aku cuba mengelak daripada setiap
tembakan pihak android. Aku mengisi semula peluru lalu kupalingkan badanku ke
arah android yang sering menyerang aku dari tadi.Sasaranku begitu tepat 360
darjah. Aku pun menembak dan terus menembak. Malangnya, android itu berlari
menuju ke belakang pokok juga, walaupun tercedera di bahagian tangan kanannya
akibat seranganku tadi. Air peluh mengalir dari dahiku ke daguku
perlahan-lahan. Android itu kemudiannya menonjolkan dirinya di sebalik pokok
lalu membaling sebiji bom ke arah tempat aku berselindung. Aku segera mengambil
langkah seribu, mengelakkan diri daripada letupan dahsyat yang terhasil.
Ahli-ahli Skuad Selasa dan Skuad Rabu baru saja berjaya
menghapuskan 7 buah android. Android-android ini begitu lincah, menyebabkan
mereka menjadi sungguh gelisah dengan jumlah buruan yang sangat sedikit
ini. Air muka mereka kelihatan berlainan berbanding ketika mereka berada di
bilik persediaan tadi. Prebet Amir Aizat dari Skuad Selasa telah terputus kaki
kanannya akibat letupan bom. Akan tetapi, beliau masih bersemangat untuk
berperang.
"Kita perlukan bantuan," ujar Lt. Radly. Beliau
mengambil keluar alat-alat komunikasi di dalam beg yang digalas Prebet Dhuha.
Sambil itu beliau cuba menenangkan Prebet Dhuha, yang sedang mengerang kesakitan.
Lt. Radly kemudiannya menekan punat yang terdapat di atas sebuah peti berbentuk
segiempat tepat dan kecil. Peti itu terbuka lalu Sarjan Dayana memasang
peralatan komunikasi yang menghubungkan peti itu.
Setelah selesai, Lt. Radly memulakan transmisi, "Merbuk 66…
Merbuk 66… Sila respond…"
Tiada jawapan yang diterima. Beliau mencuba sekali lagi,
"Tolong jawab… Merbuk 66…"
Hairan, mengapa mereka tidak menjawab?
* * * * *
Setelah beberapa minit bertempur, separuh daripada jumlah android
yang datang berjaya dimusnahkan. Aku telah menghapuskan yang sering
menggangguku. Akan tetapi, hampir kesemua Skuad Selasa dan Skuad Rabu mengalami
cedera parah. Paramedik Skuad Selasa dan Skuad Rabu, Prebet Fatin dan Prebet
Syazwani tidak dapat mengubati kesemua mereka. Aku telah ditembak pada bahagian
lengan sebelah kiriku. Semangat kami untuk bertempur semakin pudar.
Tiba-tiba, kelihatan dua buah bayangan dari arah selatan
menyelamatkan keadaan. Peluru berpandu dilancarkan oleh salah seorang daripada
mereka. Semakin banyak android hancur berkecai.
Aku cuba mendekati mereka. Rupa-rupanya mereka adalah Leftenan
Fatihah, juruterbang Merbuk 66 dan Leftenan Ainoor, Merbuk 23. Mereka kelihatan
sungguh cerewet ketika memasuki medan peperangan. Leftenan Fatihan memegang
selaras senapang jenis LMC14. Ia boleh mengeluarkan peluru berpandu. Leftenan
Ainoor pula memegang selaras senapang jenis LCG32, lebih kuat berbanding LMG32
dan boleh mengeluarkan tembakan meriam. Leftenan Fatihah merungut, "Aku
yang cantik ni tak patut berada di sini," Cara beliau memegang senjata pun
tidak betul.
Kami agak kurang senang dengan kehadiran mereka, tetapi terpaksa
berterima kasih kerana mereka telah membantu kami memusnahkan musuh.
Setelah penat memikul Lans Koperal Raof menuju Prebet Fatin, aku
pun berlari ke arah mereka. Aku memberitahu Leftenan Fatihah, "Beriku LMC
tu, cepat!"
Dalam keadaan terkejut, beliau mencampakkan senjatanya ke arahku.
Aku mencapai senjata itu dengan tangan kiriku yang tercedera.
Lt. Radly telah berjaya berhubung dengan Skuad Khamis dan Skuad
Jumaat.Mereka memberitahunya bahawa mereka akan datang secepat mungkin.Leftenan
Ainoor dan Leftenan Fatihah mendekati Lt. Radly.Lt. Radly bertanya kepada
mereka, "Bagaimana dengan juruterbang-juruterbang yang lain?"
"Kami kehilangan mereka akibat tembakan SAM kepunyaan
ACC tu," ujar Fatihah. Mereka yang dimaksudkan ialah Leftenan Hanisah dan
Leftenan Kistina. Mungkin mereka masih ada peluang untuk hidup.
Lt. Radly bangun dari tempat beliau berkomunikasi. Beliau memberi
arahan seterusnya kepada kami, "Berjuang habis-habisan,biar kita mati di
sini!" Beliau mengacukan senapangnya ke arah android yang berada di
hadapannya. Kami menjawab dengan penuh semangat, kecuali Leftenan Fatihah dan
Leftenan Ainoor, "Ya,tuan!"
Beliau menyambung,"Semoga manusia hidup aman damai."
"Huh!"
Semangat untuk berperang bersemarak semula. Aku maju ke medan
perang sambil menembak tanpa henti. Ramai yang lain turut berbuat demikian, dan
ada yang ditembak jatuh. Peluru berpandu kulancarkan berturut-turut. Aku
bernasib baik kerana tembakan pihak ACC hanya terkena pada pakaian pelindungku.
Peluru meriam kecil merentesi pandanganku. Kulihat Leftenan Ainoor melepaskan
tembakan tersebut sambil merungut. Aku hanya tersenyum. Leftenan Fatihah berada
di sebelahnya. Beliau merungut lagi, "Aku tak ada senjata, susahlah macam
ni."
Leftenan Ainoor menolaknya ke belakang lalu berkata, "Ambil
senjata Lans Koperal Raof"
* * * * *
Kami bergerak menuju arah selatan. Skuad Khamis dan Skuad Jumaat
telah memberikan bantuan terhadap mereka yang tercedera. Pengepungan tadi telah
gagal dilakukan oleh android tersebut.
Lt. Radly berada di hadapan sekali, diiringi Sarjan Dayana di
sebelah kanannya. Ahli platun yang tidak mengalami sebarang kecederaan adalah
seramai 20 daripada 40 orang. Skuad Isnin dipercayai 'dibersihkan' oleh pihak
ACC.
Kelihatan 3 buah pesawat pejuang F62 merentasi kami. Lans Koperal
Raof berada di belakang sekali, turut melihatnya. Lt. Radly memberitahu,
"Pengeboman akan dilakukan di Titik Pertemuan Rabu. Kita akan 'licinkan'
kawasan tersebut selepas mereka." Bunyi yang terhasil daripada pergerakan
pesawat pejuang tersebut kedengaran dengan begitu jelas.
Kami berjalan sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik. Nyanyian
kami mungkin sumbang, tetapi ia dapat menaikkan semangat kami untuk berperang.
Mungkin kami akan terbunuh, mungkin juga tidak. Tetapi bagi Lt. Radly, semua
perajurit sejati dianggap mati, dan berkorban untuk negara. Itulah keistimewaan
yang ada pada platun Cekap1.
MFN
First
Edition- Y2K
This story is not based on a true
story. Some of names are based on individuals’, but the characters do not have
any connection with their personalities. If they do, it’s under the writer’s
responsibility to take the risk in making the story.
Send your comments
here
Back to MFN's Art & Fiction Site