RESEPI MINGGU INI

Resepi yang saya paparkan di sini telah saya cuba minggu lepas. Saya akan tambahkan koleksi RESEPI MINGGU INI sekiranya saya mencuba sesuatu yang baru di dapur saya! Untuk minggu ini saya telah mencuba resepi Puding Berlapis. Sila lihat bahan-bahan dan cara-caranya di bawah. Jangan lupa untuk mencuba:-)

PUDING BERLAPIS
Bahan-bahan
A
1 paket agar-agar direndam semalaman.
8 cawan air
2 cawan gula
1 cawan susu cair
5 biji kuning telur
3 biji putih telur dipukul 3 minit
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
B
1 sudu kecil serbuk coklat Van Houtan yang dicairkan
1/2 sudu kecil esen kopi
1 sudu kecil esen strawberry dicampur dengan pewarna ros

Cara-cara
Rebus agar-agar hingga hancur dan masukkan gula hingga larut.
Tapis agar-agar dan tuangkan semula ke dalam periuk dan biarkan mendidih dengan api yang kecil.
Pukul kuning telur bersama tepung jagung, tepung kastard, susu, garam dan esen vanilla.
Masukkan ke dalam agar-agar dan campurkan mentega dan tutup api.
Masukkan putih telur dan kacau hingga sebati.
Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian. satu bahagian dengan warna asal, yang satu lagi diampurkan dengan coklat dan kopi dan yang satu bahgaian lagi dengan warna straberry dengan ros.
Ambil satu senduk adunan berwarna coklat dan tuang ke dalam bekas pilihan dan biarkan beku sedikit.
Ambil satu senduk puding berwarna merah dan tuang di atas lapisan coklat tadi. Lakukan proses yang sama hingga habis tetapi pastikan setiap lapisan beku sedikit sebelum dituang lapisan seterusnya.
Setelah beku, sejukkan dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sekiranya masih bermasalah, bolehlah e-mail saya untuk mengetahui lebih lanjut.

 

Grafik ini ditaja oleh


<BGSOUND SRC="legends.mid" LOOP="INFINITE">
Hosted by www.Geocities.ws

1