MINUM PETANG

1. Bingka tepung gandum

Bahan-bahan

2 gelas tepung gandum diayak
1 gelas penuh gula putih
1 camca garam
4 biji telur ayam
1 tin susu cair
4 1/2 gelas air
pewarna kuning
sedikit esen vanilla

Cara-cara

1. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan tapis.
2. Bakar sehingga kekuningan.

2. Karipap

Bahan-bahan
A
3 biji kentang yang agak besar (dipotong dadu)
1 biji bawang besar(dihiris halus)
1 sudu penuh rempah kari daging
2 sudu penuh cili giling
1/2 mangkuk ayam atau daging yang dipotong dadu
sedikit garam
B
3 cawan tepung gandum
sedikit garam
sedikit gula
2 sudu margerin
3 sudu besar minyak masak yang dipanaskan
1/4 cawan air

Cara-cara

1. Tumis bawang besar dengan cili giling dan rempah kari. Campurkan sedikit garam. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan kentang yang dipotong dadu dan secawan air untuk mengempukkan kentang. Tutup kuali dan biarkan dengan api kecil.
3 Angkat inti tersebut sekiranya sudah garing dan kentang sudah empuk.
4. Gaulkan bahan B dan uli hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk untuk 30 minit.
6. Keluarkan dan canai untuk membentuk karipap.
7. Goreng karipap dengan api kecil atau sederhana bagi mengelakkan kulit luarnya berlubang-lubang.

3. Agar-agar bersantan

Bahan-bahan

1/2 paket agar-agar
1 bar gula melaka
sedikit garam
1 cawan santan
1 biji telur ayam
2 helai daun pandan

Cara-cara

1. Masak agar-agar hingga mendidih dan masukkan gula melaka, garam dan daun pandan.
2. Apabila agar-agar sudah larut habis, tapis kesemua bahan di atas dan masak semula.
3. Gaulkan santan dengan telur ayam sehingga sebati dan masukkan ke dalam agar-agar tadi dan kacau sehingga mendidih.
4. Pastikan masak dengan api kecil dan biarkan santan nampak  berketul-ketul, barulah diangkat.
5. Tuang ke dalam loyang bersih dan sejukkan pada suhu bilik.

Resipi seterusnya akan menyusul kemudian
 


  <BGSOUND SRC="puff.mid" LOOP="INFINITE">
Hosted by www.Geocities.ws

1