MAKAN TENGAHARI/MALAM
 
 
 

1. NASI AYAM

Bahan-bahan
A
Beras 2 pot (untuk 2 orang makan)
Ayam 1/2 bahagian
1 inci halia
garam secukup rasa
Cili giling
3 sudu makan Sos tiram Adabi
B
butter atau marjerin (3 sudu makan)
1 ulas bawang besar
2 ular bawang putih
2 inci halia
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
garam secukup rasa
C
5 biji cili merah besar
1 biji limau nipis
3 sudu makan gula
Garam secukup rasa
D
1 sudu rempah sup Adabi
Daun bawang
Bawang goreng

Cara-cara
1. Ayam direbus bersama dengan halia dan sedikit garam selama 1/2 jam (atau sehingga empuk).
2. Toskan ayam dan simpan air rebusannya.
3. Lumurkan ayam tadi dengan cili giling, sedikit garam dan sos tiram dan perap 15 minit.
4. Tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau wangi dan masukkan air rebusan ayam. Akhirnya masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Pastikan anggaran air yang betul iaitu 1 1/2 senggatan dari hujung jari.
5. Untuk sosnya menggunakan bahan-bahan C, "Blend" cili merah dengan sedikit air dan panaskan dalam kuali. Campurkan gula dan garam. Akhir sekali perah limau nipis untuk menggantikan cuka.
6.Untuk supnya, lebihan air rebusan ayam tadi dipanaskan semula dan campurkan dengan rempah sup sehingga mendidih. Akhirnya letakkan daun bawang dan bawang goreng.
7. Ayam yang telah diperap tadi digoreng 1/2 masak, toskan minyaknya dan dipotong atau diketuk ke kepingan yang lebih kecil (cadangan sahaja).

2. KARI IKAN ALA UTARA (Resipi dari ibu mertuaku:-)

Bahan-bahan

3 potong ikan Jenahak atau ikan merah atau kepala ikan merah atau ikan tenggiri
A
1/4 sudu halba
1/4 sudu biji sawi
1/4 sudu jintan manis
1/4 sudu jintan putih
1/2 cawan minyak masak
Sedikit daun kari
2 sudu penuh rempah kari ikan BABA'S
Serbuk cili ALLAGAPAS atau cili giling
1 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
B
1 biji terung bulat
3 biji kacang bende
2 biji cili hijau besar
1 biji tomato
C
1 cawan santan cair
1/4 cawan santan pekat

Cara-cara
1. Tumiskan bahan-bahan A sehingga naik bau wangi dan masukkan air asam jawa.
2. Masukkan santan cair dan ikan dan biarkan ikan empuk.
3. Akhir sekali masukkan bahan B.
4. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika dengan api kecil.

3. SAMBAL TUMIS TELUR (kegemaran suamiku:-)

Bahan-bahan

2 biji telur ayam
1 ulas bawang besar dihiris halus
1/4 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
3 sudu besar cili giling
minyak masak untuk menumis

Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar dan masukkan cili giling sehingga nampak merah.
2. Masukkan garam dan air asam jawa dan tumis sehingga sebati.
3. Pecahkan telur dan kacaukan sehingga kering dan hidangkan.

4. AYAM MASAK KICAP

Bahan-bahan

1 ekor ayam dibelah 8 bahagian( boleh digoreng 1/2 masak jika mahu)
1 cawan Kicap manis Habhal
5 sudu makan cili giling (boleh lebih jika mahu)
3 sudu besar kerisik
1 ulas bawang besar dipotong halus
1 biji kentang dibelah 4 bahagian
2 ulas cili merah besar dibelah 2 bahagian
2 inci kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa
2 cawan air

Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga, bung lawang sehingga naik bau.
2. Masukkan cili giling dan garam, gaul dan tumis sebati
3. Masukkan kicap manis, air, ayam dan kentang.
4. Biarkan dengan api sederhana sehingga ayam dan kentang empuk.
5. Masukkan hirisan cili merah, kerisik dan gaul hingga sebati.

5. AYAM GOLEK ALA KEDAH

Bahan-bahan

1 ekor ayam dilayu (boleh juga dipotong 8 bahagian)
A
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
3 ulas bawang besar dikisar
5 ulas bawang merah kecil dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa
B
1 mangkuk air
1 mangkuk santan pekat
Daun pandan
1/4 cawan kerisik

Cara-cara
1. Tumiskan bahan-bahan A sehingga naik bau.
2. Masukkan air, daun pandan, santan pekat dan ayam (pastikan ayam tenggelam penuh) dan masak sehingga ayam empuk
3. Masukkan kerisik dan pastikan ia sebati.
4. Potong ayam dan hidangkan.

Resipi saya yang selanjutnya akan menyusul kemudian.

SELAMAT MENCUBA










<BGSOUND SRC="puff.mid" LOOP="INFINITE">

Hosted by www.Geocities.ws

1