" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










PENYOKONG TIDAK SEDAR PERUBAHAN
HADI AWANG

Sesetengah orang menganggap Menteri Besar Terengganu Haji Abdul Hadi Awang sudah menjadi lembut dan tidak keras seperti dulu. Penulis dapat menerima pandangan ini.

Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini ialah bukan Abdul Hadi itu lembut atau keras, tetapi para pengikut Pas tidak tahu menahu pun bahawa wujud perbezaan ini pada Abdul Hadi.

Malah sesetengah pengikut yang fanatik dan melampau masih berpegang dengan fatwa, pandangan dan ucapan ugama yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi semasa beliau masih keras dahulu.

Justeru mereka ini terus menerus mengkafirkan ahli UMNO, sembahyang dua imam, tidak makan sembelihan orang UMNO dan lain-lain perbuatan yang bercanggah dengan Islam.

Dengan itu sama sajalah Abdul Hadi menjadi keras atau lembut kerana amanat beliau itu masih terus menerus membuat angkara kepada orang Islam negara ini termaasuk menyesat dan merosakkan akidah orang Pas sendiri.

Jalan yang tepat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Abdul Hadi bukanlah melalui percakapan kerana semakin banyak beliau bercakap semakin banyak beliau membuat kesilapan.

Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam cakap-cakap Abdul Hadi akhir-akhir ini termasuk yang dijelaskan oleh beliau dalam wawancara dengan akhbar ini minggu lepas.

Sebenarnya semua cakap-cakap Abdul Hadi dalam wawancara berkenaan tidak lebih daripada pelaksanaan teori projeksi (al-isqat) untuk meletakkan kesalahan dan dosa diri sendiri kepada orang lain.

Tetapi seperti kata pepatah Melayu, bangkai gajah bolehkah ditudung dengan nyiru? Begitu juga Abdul Hadi, bagaimana beliau boleh melepaskan diri daripada kesalahan dan dosa besar beliau hanya dengan cakap-cakap.

Menurut pandangan Islam, segala kesalahan dan dosa seseorang, samada kecil mahupun besar mesti ditutup kecuali orang itu sendiri tidak mahu menutupnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa menutup keaiban saudara Islamnya di dunia ini, nescaya Allah akan menutup keaiban dirinya di akhirat nanti. - (Ibn Majah)

Menurut hadis ini dan banyak lagi hadis yang membincangkan perkara yang sama, kesalahan dan dosa besar seseorang seperti yang melibatkan Abdul Hadi mesti ditutup.

Kerana kita pun faham bahawa karut marut zaman muda Abdul Hadi yang disebar oleh Pas sebagai Amanat Haji Hadi itu terloncat keluar daripada beliau pada waktu beliau masih muda dan sangat ghairah untuk mengejar populariti supaya dapat menjadi pemimpin Pas.

Pada 7 April 1981 ketika beliau mengungkap amanat beliau di kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu beliau hanya baru berusia 34 tahun, baru lima tahun pulang ke tanah air, baru dalam politik, kurang matang dalam pemikiran Islam.

Ditambah lagi dengan berbekalkan darah muda dan semangat militan serta memiliki pelbagai teori agama yang tidak pernah diuji dan tidak pernah dilaksanakan di mana-mana negara, tetapi dikenal pasti bahawa ia pernah menjadi punca meletusnya malapetaka tidak habis-habis di tempat asal ia dibentuk dan dicanangkan di negara-negara Arab, Abdul Hadi membawa semua penyakit politik Arab itu untuk dilaksanakan di Malaysia.

Lebih teruk lagi Abdul Hadi juga pada waktu itu berfikiran dogmatis yang mirip kepada pemikiran Slafi ala Wahhabi dan ini dapat dijejaki dalam rakaman ceramah-ceramah lama beliau.

Selain itu jika kita menghalusi perkembangan perjuangan politik Abdul Hadi sejak mula pulang ke tanah air pada tahun 1976 selepas tamat sarjana muda dalam bidang syariah di Universiti Islam Madinah dan belajar beberapa tahun di Universiti Al-Azhar, Kaherah akan menyedari bahawa beliau tergolong daaripada salah seorang pejuang Pas yang mengubah bentuk dan hala tuju perjuangan Pas daripada perjuangan Islam ala Melayu yang sedikit fleksibel kepada perjuangan Islam ala Arab yang rigid dan berciri kekabilahan dan atau kesukuan.

Perubahan ini berlaku dalam semua aspek bermula dari ideologi politik yang yang mirip perjuangan politik militan agama di negara-negara Arab sehIngga kepada cara berpakaian yang berciri suku Arab dan Parsi pada zaman awal Islam dulu.

Semua ini berlaku atas alasan kembali kepada asal usul Islam, tetapi kerana silap membuat tafsiran menyebabkan munculnya amalan tidak membezakan antara ibadat dan adat.

Pakaian adalah terbilang daripada adat dan boleh seseorang Islam memakai mengikut adat yang diwarisi turun-temurun asalkan tutup aurat.

Oleh kerana Abdul Hadi tidak mahu menutup kesalahan dan dosa besar beliau yang dituntut oleh Islam itu, maka tiada jalan lain bagi kita kecuali mengkritik amanat beliau supaya orang ramai tidak terpengaruh.

Sebenarnya, menurut hukum Islam, orang yang tidak mahu menutup keaiban diri sendiri mesti dikenakan hukuman.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap umatku bebas (daripada hukuman dunia kerana kesalahan dan dosa yang dilakukan) kecuali mereka yang mendedahkannya. - (al-Bukhari dan Muslim).

Ini bermaksud orang Islam yang melakukan kesalahan dan dosa besar itu tidak dikenakan hukuman di dunia ini jika dia menutup atau tidak mendedahkannya kepada pengetahuan awam.

Kesalahan dan dosa besar orang itu hanya dianggap antara dia dengan Allah saja jika tidak berkaitan dengan orang lain serta boleh juga terhapus bila-bila masa jika dia bertaubat bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun, dalam kes Abdul Hadi ini walaupun beliau dan parti beliau mendedah dan tidak mahu menutup serta menggunakannya sebagai modal politik, tetapi pihak berkuasa terpaksa menggunakan pendekatan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau.

Tindakan pihak berkuasa mengutamakan siasat syariah (politik syarak) daripada syariah (hukum syarak) disebabkan Abdul Hadi Menteri Besar serta dikenali sebagai Tuan Guru.

Jika diambil tindakan undang-undang ke atas beliau, mungkin ia akan membawa kemudaratan yang lebih daripada kemudaratan yang dicetuskan oleh krisis Anwar Ibrahim 1997-1998.

Sesungguhnya Abdul Hadi dan barisan pemimpin Pas mesti berfikir matang: apakah mereka mahukan keredhaan Allah atau mahukan kepentingan dunia yang sedikit ini. Jika mahu keredhaan Allah, maka mereka mesti menarik balik Amanat Haji Hadi itu serta perjelaskan kepada orang ramai hakikat kedudukan amanat berkenaan dari segi hukum syarak.

Sebalinya jika mereka mahukan kepentingan dunia yang sedikit ini, maka teruskan usaha mereka. Bagaimanapun, jangan lupa pesanan Allah ini: Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. - (Al 'Imaran : 77)

Sebenarnya bukanlah Abdul Hadi merupakan cerdik pandai Islam yang pertama menarik balik atau bertaubat daripada kesalahan dan dosa masa silam jika beliau sanggup berbuat begitu.

Dalam sejarah Islam terdapat ramai cerdik pandai Islam yang berbalik kepada kebenaran. Sebagai contoh Imam Al-Ghazali umpamanya pernah bertaubat dan meninggalkan pengajian lama beliau dalam falsafah ragu-ragu dan berbalik kepada pengajian tasauf. Itu pada zaman silam.

Pada zaman inipun terdapat ramai juga cerdik pandai yang mengambil pendirian yang berani begitu. Salah seorang cerdik pandai Islam zaman moden yang berpaling ke jalan kebenaran ialah Syeikh Ali Abdul Raziq, pengarang buku paling kontroversi al-Islam Wa Usul Khum.

Adapun cerdik pandai Arab yang pernah mendapat pendidikan di Al-Azhar tetapi menjadi komunis. Bagaimanapun, selepas insaf dan sedar diri, mereka kembali kepada Islam.

Salah seorang daripada mereka ialah ahli falsafah Islam terkenal, Dr. Rushdi Fakkar yang meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Dengan itu penulis percaya tidak ada sebab kenapa Abdul Hadi tidak boleh kembali kepada kebenaran dan menarik balik amanat beliau itu.

Belum lagi terlambat bagi beliau untuk melakukan perkara itu dan percayalah jika beliau melakukan perkara itu beliau akan dihormati dan disanjung tinggi.

ASTORA JEBAT
[email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1