" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










KETOHORAN PEMIKIRAN MAHFUZ OMAR MEMALUKAN PEMIMPIN PAS KUALA LUMPUR

Kenyataan Mahfuz Omar yang menuduh UMNO sebagai pencuri sebagai alasan untuk tidak mengadakan pertemuan jelas membuktikan betapa tohornya pemikiran seorang pemimpin Pas.

Biar setinggi mana pun jawatan yang disandang, kata-kata seseorang itu sentiasa melambangkan peribadinya apatah lagi jika ia seorang pemimpin yang kononnya mewakili parti yang memperjuangkan Islam.

Sungguhpun tuduhan itu boleh dianggap sebagai biadap atau kurang ajar tetapi sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana rakyat sudah pun sedia maklum selama ini pun pemimpin pembangkang sentiasa dihalalkan untuk bercakap apa sahaja termasuklah mencarut.

Apatah lagi kata-kata biadap itu dikeluarkan oleh seorang manusia yang langsung tidak mempunyai latar belakang yang boleh dibanggakan.

Rata-rata orang ramai yang ditemui jelas melahirkan rasa kekesalan terhadap tuduhan itu tatkala mereka mengharapkan pertemuan yang bakal diadakan nanti berupaya untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan orang Melayu atau setidak-tidaknya persaudaraan sesama Islam.

Bagi Yahya Mutalib, 30, seorang pegawai akaun di salah sebuah institusi kewangan negara, tuduhan yang dilemparkan oleh Mahfuz Omar itu sesuatu perbuatan yang melampau dan langsung tidak mencerminkan ciri-ciri seorang Islam yang baik.

"Saya tidak faham mengapa dia begitu beremosi untuk berkata sedemikian rupa. Ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa dia sebenarnya seorang pemimpin yang tidak ikhlas.

"Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, dia mestilah bersikap rasional dan mendahului kepentingan rakyat dari agenda peribadi.

Saya berharap benar perkara seumpama ini tidak terus berlarutan kerana orang Melayu keseluruhannya masih lagi ingin melihat penyelesaian atau sekurang-kurang melihat kedua-dua pemimpin parti dapat duduk semeja terlebih dahulu", katanya.

Sementara itu, seorang pelajar, Zurita Mahadi, 23, pula berpendapat kenyataan Mahfuz Omar itu mencerminkan sikap 'bodoh sombong'nya yang telah memalukan keseluruhan pemimpin Pas.

"Saya masih lagi optimis pertemuan itu masih boleh diadakan walaupun pemimpin Pas seperti Mahfuz Omar ini terus melemparkan pelbagai kecaman.

Setidak-tidaknya rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang ikhlas untuk mewujudkan perpaduan ini.

"Seandainya usaha yang baik ini tersekat di tengah jalan, ia bukanlah atas kesilapan UMNO tapi disebabkan keangkuhan Pas.

Mungkin kitab "Shit" karya Shahnon Ahmad mendahului pegangan mereka berbanding al - Quran dan hadis", katanya.

Bagi Shahruddin Jaafar, 44, pula, tuduhan Mahfuz Omar itu sebenarnya menyerlahkan lagi tembelang Pas yang menjadikan Islam sebagai platform untuk mereka mengabui mata rakyat.

"Saya masih ingat lagi dalam muktamar Pas tahun lalu, ada wakil muslimah Pas yang telah berani mendesak pemimpin Pas agar menghentikan segera caci maki mereka dalam ceramah yang diadakan.

Jadi, saya tidak terkejut langsung kalau Mahfuz boleh membuat tuduhan sedemikian. "Apa yang penting UMNO tidak terikut-ikut dengan rentak dan lagak pemimpin Pas. Mungkin mereka berfikiran mereka sudah terlalu perkasa.

Bagi saya, keinginan UMNO untuk terus mengadakan pertemuan itu tidak bermakna UMNO itu lemah kerana majoriti besar rakyat percaya keinginan itu adalah satu keihklasan tapi jika Pas terus juga menolak ia tidak akan membawa apa-apa kerugian buat UMNO", katanya.

Sesungguhnya sebilangan besar rakyat di negara ini sudah mula mempertikaikan keikhlasan Pas kerana bagi mereka penyelesaian yang mungkin dicapai bukannya menang atau kalah tetapi sesuatu kebaikan untuk semua pihak khususnya untuk orang Melayu.

Hosted by www.Geocities.ws

1