" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










BILA FITNAH MENJADI FITRAH KEPADA MANUSIA KHUSUSNYA ULAMAK
- TUNGGULAH AZABNYA

Umum mengetahui betapa azab siksaaan di akhirat yang dijatuhkan keatas setiap orang Islam yang suka menaburkan fitnah.

Allah swt juga telah menyatakan bahawa dosa orang yang membuat fitnah lebih berat daripada dosa bagi orang yang membunuh orang lain tanpa sebab-sebab yang dibolehkan oleh syarak.

Namun ketika ini, fitnah tidak lagi dipandang berat oleh segelintir manusia yang kecewa dalam perjuangan politik mereka.

Fitnah sudah menjadi asam garam dalam kehidupan mereka. Betapa senangnya mereka ini menabur fitnah pada setiap pertemuan dan ceramah yang dianjurkan oleh pihak pembangkang terutamanya.

Para pemimpin (kononnya lah) parti politik songsang ini sering mempermainkan hukum agama dengan sewenang-wenangnya telah menabur fitnah pada setiap isu yang di timbulkan oleh mereka.

Sebagai contoh, pengedaran vcd mengenai pengakuan salah laku seks oleh beberapa orang saksi terhadap Anwar Ibrahim yang didakwa oleh mereka kononnya dilakukan oleh UMNO dan pihak polis telah tersebar dengan luas di beberapa laman internet pada masa kini.

Mengikut beberapa laman web yang pro kepada perjuangan politik songsang Anwar Ibrahim ini, pengedaran vcd tersebut kononnya juga berkait rapat dengan dakwaan sebuah firma dari Taiwan yang telah mendakwa sebuah syarikat yang didokongi oleh UMNO telah membuat satu pesanan yang besar jumlah kuantiti vcd kosong (yang belum dirakam) sebagai salah satu kaitan terhadap pengedaran vcd tersebut.

Mereka dengan angkuh mendakwa telah mendapat bukti yang menyatakan bahawa syarikat yang membuat pesanan vcd kosong itu didalangi oleh pemimpin besar UMNO yang kononnya juga telah digunakan untuk mencetak berita-berita palsu bagi memerangi dakyah pembangkang.

Mereka juga mendakwa kononya telah memperolehi salinan invoice penghantaran vcd tersebut ke sebuah syarikat yang berpejabat di Taman Bukit Angkasa, Pantai Hill Park, Kuala Lumpur.

Namun hakikatnya ialah, apakah kaitannya kewujudan syarikat itu berkait rapat dengan UMNO atau ianya sengaja di jadikan isu untuk memburuk-burukan UMNO?

Menurut sumber yang rapat kepada syarikat tersebut, kedudukan lembaga pengarah syarikat adalah tiada kaitan sama sekali dengan mana-mana anggota Majlis Tertinggi UMNO atau berkait dengan syarikat yang didokongi oleh UMNO.

Di sini kita juga boleh mempersoalkan dengan isu yang dimainkan oleh pembangkang yang mana serikali mengaitkan setiap permasalahan yang ada datangnya daripada para pemimpin UMNO.

Apakah isu perpaduan kaum yang ditangguhkan perbincangannya tidak berkait rapat dengan pakatan sesama mereka?

Sebuah parti serpihan UMNO telah mendakwa bahawa mereka menentang keras perbincangan perpaduan Melayu antara UMNO dan PAS.

Mereka juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa parti mereka adalah sebuah parti yang berbilang kaum.

Kita harus melihat apakah perasaan para penyokong mereka yang beragama Islam tentang dakwaan oleh pemimpin mereka mengenai dakwaan parti tersebut sebuah parti yang berbilang kaum.

Sekiranya parti tersebut mendakwa mereka sebuah parti yang berbilang kaum, maka di sini juga kita boleh mengatakan bahawa parti tersebut juga menganuti agama yang berbilang jenisnya.

Apa perasaan mereka pula bila mendengar dakwaan ini? Tentu mereka akan melenting dan mendakwa kononya semua orang UMNO sudah 'terkeluar akidah keIslamannya'.

Nasihat penulis kepada semua penyokong perjuangan politik songsang ini ialah, bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup.

Kembalilah ke jalan yang diredai oleh Allah swt dan semoga pintu hati mereka ini terbuka untuk menerima 'nur keIslaman' yang sbenar-benarnya.

Jangan suka membuat fitnah dan menabur janji. Semua ini dilakukan oleh mereka kerana dasar perjuangan mereka kini telah berubah kepada 'Fitnah Menjadi Fitrah'.

Apakah mereka tidak sedar akan hukum-hukum yang telah dijanjikan oleh Allah swt terhadap semua umat Islam yang mengingkarinya?

Mari kita lihat apakah dasar perjuangan politik songsang ini yang berteraskan 'Bila Fitnah Menjadi Fitrah' akan berterusan atau tidak."

Oleh: [email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1