" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










Ulamak Jadi-Jadian Merosakkan Perpaduan Masyarakat Islam Negara

Ini bahan lawak yang mengaitkan bomoh dan pesakit dalam ceramah terbaru anjuran PAS menjelaskan kepada umum betapa parti itu kadang kala lupa label Islam yang dibawa tidak sesuai digunakan dalam perjuangan politik mereka.

Presiden PAS Datuk Fadzil Noor dalam ceramah di Kampung Gelung Rambai, Tunjang Jitra Kedah 21 Februari lalu mengibaratkan UMNO sebagai pesakit yang memerlukan rawatan dari bomoh dalam menyembuhkan sakit yang dihadapi.

Dalam hal ini bomoh itu ialah PAS dan UMNO sebagai pesakit harus memenuhi syarat yang bomoh tetapkan agar sakit dapat diubati.

Kenyataan oleh Presiden PAS ini dibuat hasil dari pembatalan pertemuan antara beliau dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung pada 19 Februari lalu.

Pertemuan yang bertujuan mengembalikan perpaduan Melayu sebagai agenda utama itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila Datuk Fadzil Noor membatalkannya di saat akhir dan menurut beberapa sumber ia akibat tekanan pihak-pihak tertentu dalam PAS yang tidak mahu rancangan itu menjadi kenyataan.

Apa yang menarik pemimpin besar parti berlabel Islam itu membuat jenaka selepas pembatalan pertemuan dengan Presiden UMNO Dr. Mahathir Mohamed dengan menyelitkan isu bomoh dengan pesakit sebagai bahan ceramah.

Nampaknya pembatalan pertemuan itu menjadi modal PAS untuk terus menyindir UMNO dan menjelaskan lagi sikapnya terhadap isu perpaduan Melayu di mana dilihat mereka tidak bersungguh-sungguh merealisasikan rancangan tersebut.

Ditambah pula sikap Datuk Fadzil Noor menyamakan PAS sebagai bomoh walaupun dipandang dari sudut jenaka menjejaskan tanggapan masyarakat Islam negara akan imej ulamak yang selama ini dibawa oleh para pemimpin PAS.

Ini kerana masyarakat negara ini sedar perbuatan percaya kepada bomoh adalah suatu perbuatan yang bertentangan dalam ajaran Islam dan sesiapa yang lebih percayakan bomoh dari kekuasaan Allah S.W.T adalah dianggap syirik.

Umat Islam yang peka berkaitan perkara tersebut keliru dengan sikap Fadzil Noor yang lepas cakap tanpa menilai kesan kenyataannya itu.

Adalah dipercayai di dalam usaha mempengaruhi masyarakat dengan lambang Islam yang dibawa, perbuatan mengumpamakan diri dan parti sebagai bomoh jelas mengambarkan ketidakseimbangan kualiti pemimpin-pempimpin parti itu yang digembar-gemburkan.

Kata-kata dan kenyataan yang dikeluarkan lari dari imej sebenar ulamak yang umum kenali sentiasa berhemah dalam gerak geri dan tutur kata.

Ulamak yang sebenar sentiasa menjaga akhlak agar tidak menimbulkan sangsi masyarakat kelak.

Ini berlainan dengan ulamak yang terdapat dalam PAS.

Memetik kata-kata Ustaz Mohd Ghazali Haji Ahmad pada 22 Februari lalu semasa membuat kenyataan akhbar menjawab dakwaan Haji Hadi tentang isu mengkafir, beliau menerangkan imej ulamak di dalam PAS amat berlawanan dari imej ulamak sebenarnya kerana lebih banyak bercakap tanpa menjaga adab, tutur kata dan pekerti mereka.

Sementara itu Dr Mahathir ketika menjawab soalan pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi pada 22 Februari lalu berkata UMNO tidak pernah cuba mengaitkan sesuatu isu penting dengan sesuatu yang kelihatan tidak serius.

Katanya PAS pada awalnya memainkan isu meminang dan kini isu bomoh pula. Menurutnya lagi dalam UMNO tidak terdapat perkara yang dikait-kaitkan dengan bomoh melainkan dalam PAS dan dalam hal ini merujuk kepada bomoh PAS iaitu Datuk Dr Harun Din.

Adalah jelas imej ulamak yang sekian lama disebarkan oleh jentera parti PAS terhadap pemimpin tertinggi parti itu amat bercanggah sekali dengan imej ulamak sebenar.

Menurut ramai pemerhati, imej ulamak PAS bolehlah dikategorikan sebagai ulamak berkepentingan yang menggunakan agama untuk platform politik manakala ulamak tulen tidak menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.

Hosted by www.Geocities.ws

1