" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










HADI ULAMAK UPAHAN?

Buku yang bertajuk Qazaf-Mangsa Fitnah, karangan Haji Abdul Hadi Awang lebih bersifat untuk membela DS Anwar Ibrahim yang didakwanya menjadi mangsa kezaliman.

Buku ini diterbitkan oleh Pusat Penerangan dan Penyelidikan Pas Pusat. Cetakan pertama November 2001(?).Buku yang setebal 89 mukasurat ini, telah dijual dengan harga RM6.00, dipasaran beberapa minggu yang lalu.

Usaha penerbitan buku ini dengan tujuan untuk membela Anwar, dapat dilihat dengan jelas apabila kulit depannya menggunakan wajah Anwar, memakai baju penjara dan bermata lebam. Di belakangnya gambar Sukma dan Nala dalam keadaan kurang jelas.

Agak janggal sebuah buku yang membicarakan hukum agama menggunakan gambar tokoh politik.

Pada permulaannya saya agak keliru, adakah buku ini buku politik atau buku agama, kerana di dalamnya diselitkan dengan ayat-ayat Alquran dan Hadis Nabi.

Inilah mentaliti ulamak PAS, sengaja mencampuradukkan agama dan politik untuk mengelirukan orang ramai. Tambah menyakinkan, apabila, kata pendahuluan buku ini dipenuhi dengan tulisan tangan Anwar, yang banyak mengandungi kata-kata fitnah, bohong dan menghasut.

Seperti biasa, Anwar mendakwa dirinya telah diperzalimi kerana ingin memperjuangkan Islam dari dalam. Anwar menulis secara panjang lebar, sehingga memakan 6 muka surat.

Semakin jelas motif sebenar Haji Hadi, apabila pada bahagian akhir, dia memasukkan lampiran fatwa Al Syeik Dr. Yusuf Al Qardawi, berkenaan dengan fitnah yang telah dihadapi oleh DS Anwar Ibrahim.

Antara kandungan yang terdapat dalam buku ini ialah konsep iqrar (pengakuan), saksi, bersumpah dan Qazaf. Bahagian Qazaf telah diperdetailkan oleh Hj. Hadi.

Qazaf ertinya menuduh (memfitnah) kepada orang yang tidak berdosa. Orang yang dimaksudkan itu ialah Anwar dan orang yang menuduh itu ialah DS Dr. Mahathir.

Kemudian Hj. Hadi menghuraikan hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf, Hukuman ke atas orang orang yang melakukan Qazaf iaitu hukuman di dunia dan hukuman di akhirat.

Memang jelas motif penulis ini dengan memperbesarkan Qazaf dan hukumannya.

Kalau Haji Hadi jujur, kenapa tidak diperbesarkan liwat dan hukumannya. Bahagian ini diselitkan dengan nas-nas AlQuran.

Manakala bahagian kedua pula, diselitkan buah fikiran Hj. Hadi mengenai perkara-perkara yang berkait dengan sistem politik negara yang berkaitan dengan Anwar.

Antaranya,'kehebatan hukum Allah', 'hukum nafsu atau jahiliah', 'Islam dipenjarakan sebelum Anwar dipenjarakan', 'Sizalim terjerat dengan tindakan sendiri', 'Rakyat berhak untuk bersuara', 'Sindrom yang mengongkong pemimpin', 'Sindrom yang mengongkong rakyat', 'Islam juga boleh dianggap tidak relevan', 'Apa sebenarnya' dan 'Mahkamah rakyat'.

Pokoknya dalam ulasan tajuk-tajuk kecil ini, Anwar dianggap sebagai hero dan memperlecehkan Dr. Mahathir.

Saya tidak menyangka buku yang seumpama ini boleh ditulis oleh seorang ulamak PAS yang dihormati dari segi keilmuaannya.

Apabila membacanya, saya dapat merasakan seseorang yang dianggap ulamak akan menyalahgunakan ilmunya demi untuk kepentingan peribadi dan kepentingan PAS.

Teknik menghalalkan cara telah dipraktikkan oleh tokoh PAS ini. Haji Hadi bertindak berasaskan pertimbangan nafsu persahabatan, bukannya neraca kebenaran.

Saya tidak menyangka bahawa Hj. Hadi sanggup memperdagangkan ayat-ayat Al Quran, semata-mata untuk keuntungan peribadi. Inilah yang disebut dalam Quran, ulamak upahan yang menjual ayat-ayat Al Quran.

Apabila menelitinya, saya dapat merasakan Hj. Hadi, hanya tahu dalam bidang agama sahaja, tetapi tidak tahu tentang bidang perundangan.

Apakah dia sedar, dalam sistem perundangan apakah yang Anwar telah dibicarakan. Apakah Hj. Hadi tahu mengenai prasyarat dan selok-belok mengenai sistem kehakiman di negara kita.

Saya dapat rasakan dia tidak tahu mengenai bidang perundangan itu yang tidak melayakkan dia bercakap dalam soal itu.

Perlu diberitahu, tindakan Hj. Hadi menerbitkan buku seumpama itu, jika mahu boleh dikenakan tindakan mahkamah, kerana menghina keputusan yang telah ditetapkan oleh sistem kehakiman itu.

Tambah parah apabila Hj. Hadi menuduh, sistem diperundangan di negara ini telah dipengaruhi oleh pihak pemerintah.

Tuduhan Hj. Hadi adalah hipokrit kerana ia bertentangan dengan pendapat Harun Din dan Taib Azamudin.

Harun Din, meletakkan keputusan kepada mahkamah sebagai keputusan terakhir.

Manakala Taib Azamudin,(yang pernah mengkaunseling mangsa liwat Anwar), pernah mengatakan, 'kita tidak pertikaikan Anwar melakukan perbuatan itu, tetapi yang kita pertikaikan ialah cara kes ini ditangani'.

Ternyata orang-orang dalam PAS sendiri percaya dengan kelakuan homoseksual Anwar ini, seperti Mat Sabu, sebab itu, mereka (PAS) tidak mengeksplotasi isu ini apabila terdapat bukti-bukti kebenarannya.

Sebelum ini, PAS beriya-iya melancarkan GERAK (bukan untuk membela ANWAR) tetapi mengambil kesempatan mendapat sokongan massa yang bersimpati dengan Anwar.

Dengan terbitnya buku Qazaf ini, mendedahkan pegangan sebenar Hj. Hadi di atas kes Anwar.

Persoalannya mana sifat seorang ulamak, yang bijaksana, berhemah dan berhati-hati dalam membuat keputusan ???.

CHE DOL MAT Kelana Jaya

Hosted by www.Geocities.ws

1