" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










MENYURUH AZMIN BERSUMPAH DALAM MASJID
HANYA USAHA SIA-SIA

Saya merujuk kepada rencana bertajuk: Tan Sri Muhammad Sedia Bersumpah Menafikan Pembohongan Azmin

Saya bersimpati dengan YB Tan Sri Muhammad kerana difitnah sebegitu rupa. Fitnah yang dilemparkan hanya bertujuan mengaibkan Tan Sri Muhammad di kalangan penyokong UMNO khususnya.

Malangnya, ahli-ahli dan para penyokong UMNO mempunyai tahap 'akli yang lebih tinggi dari Azmin dan fitnahnya itu boleh saya anggap satu lagi jenaka yang sering beliau buahkan.

Saya juga berpendapat tidak perlu Tan Sri Muhammad menyuruh Azmin bersumpah di dalam masjid.

Kita semua sudah tahu di mana letaknya darjat sebuah masjid dari pandangan pemimpin KeADILan kerana sanggup mencemarkan masjid dengan menjemput "Amirul Mukminin" mereka iaitu Tian Chua untuk mengapi-apikan pengikut mereka.

Betapa hinanya mereka menggunakan masjid sebagai tempat permulaan perpecahan ummah sedangkan fungsi masjid adalah untuk sebaliknya.

Kalau Baitillahil Haram boleh digunakan dalam bahan fitnah Azmin maka masjid yang ada di Malaysia ini mungkin "lekeh" (kata orang Kedah) bagi Azmin.

Maka beliau boleh bersumpah apa saja sebab dosa, pahala dan balasan Allah SWT merupakan perkara-perkara yang "intangible."

Semasa di Lunas, Azmin pernah menggunakan taktik yang sama dengan mencanang bahawa beliau akan berdebat dengan YB Tan Sri Muhammad.

Sekali imbas, sepanduk-sepanduk tersebut agak meyakinkan. Tetapi apabila dibaca "tempat perdebatan" iaitu di Markas PAS, hanya orang-orang yang kurang dari segi IQ akan terperangkap dengan tipu-helah Azmin.

Saya rasa beratus kali jika tidak beribu sembahyang hajat yang telah diadakan sejak akhir tahu 1998, diimamkan oleh para ulama mereka yang maksum untuk memohon pembebasan Anwar Ibrahim; tidak kurang juga yang mendoakan di Multazam dan Hijir Ismail.

Ada juga di kalangan pemimpin mereka yang mendakwa beliau mengetahui betapa bersihnya hati Anwar Ibrahim hanya dengan meletakkan tangannya di dada Anwar walhal beliau tidak dapat membaca hati orang yang beliau bersetuju untuk menjadi penjamin pinjaman.

Kalau betul Anwar Ibrahim teraniaya, kenapa sejak Ramadhan 1998 hingga kini yang bertambah hanyalah jumlah masa yang beliau perlu berada di penjara dan bukannya dibebaskan?

Bukankah doa orang-orang yang teraniaya itu pasti dimakbulkan Allah SWT?

Mungkin yang teraniaya selama ini sebenarnya adalah YAB Presiden UMNO serta ahli-ahli UMNO. Sama-samalah kita fikirkan....bagi mereka-mereka yang boleh berfikir.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfiratuh

Oleh: Kapt (B) Abdul Rahmat Omar bin Tun Mohd Haniff

Hosted by www.Geocities.ws

1