" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










BETULKAH PERSELISIHAN RAHMAT?

SOALAN:

Apakah maksud hadis Nabi "Perselisihan umatku satu rahmat" sedangkan Islam menyeru kepada perpaduan?

Anti Perpecahan,
Bangsar.

JAWAPAN:

Menurut setengah ulama, hadis ini adalah rentetan kepada kisah seorang lelaki Arab yang bersumpah tidak akan mendekati isterinya dalam satu tempoh tanpa menetapkan lama masa bagi waktu sumpah tersebut.

Kerana ketiadaan Rasulullah s.a.w. untuk meberi penjelasan tentang perkara ini, lelaki tersebut bertanyakan mengenainya (tempoh waktu) kepada sahabat baginda s.a.w.

Apabila ditanya kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq, beliau berkata: "Balik dan ceraikan isteri mu". Maka tempoh waktu bagi sumpah tadi ialah seumur hidup.

Saidina Umar bila ditanya menjawab: "Sekiranya kamu terus hidup untuk tempoh 40 tahun lagi, maka kamu boleh merujuk kepada isteri kamu". Bagi Umar, tempoh waktu sumpah bagi lelaki tadi ialah 40 tahun.

Bagi Saidina Othman pula, tempoh waktu sumpah lelaki tersebut ialah setahun dengan katanya: "Tunggu setahun, kemudian kembalilah (rujuk) kepada isteri mu".

Saidina Ali pula selepas ditanya berkata: "Bila kamu bersumpah?" "Semalam" jawab lelaki tersebut. Saidina Ali kemudian berkata "Kembalilah kepada isteri mu" Maka, tempoh sumpah bagi sahabat Nabi ini hanya setengah hari.

Perselisihan pendapat para sahabat nabi ini kemudiannya diceritakan kepada Rasulullah s.a.w. yang seterusnya meminta penjelasan dan dalil daripada keempat-empat sahabatnya bagi kata-kata mereka.

Kesimpulannya, perselisihan di dalam perkara-perkara 'ijtihadiyyah' memberi peluang kepada setiap manusia membuat pilihan yang bersesuaian dengan suasana kehidupannya. Dan, dari sinilah wujudnya empat mazhab fikah yang terkenal; Shafei, Hambali, Maliki dan Hanafi yang memberi kelonggaran kepada umat Islam mengguna pakai mana-mana Mazhab yang bersesuaian dengan mereka.

Sumber: Syeikh Atia Saqar
Utusan Malaysia 7 April 2000

Hosted by www.Geocities.ws

1