" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










MENGENAL ULAMA TIRUAN

Saudara Astora,

SAYA sering membaca tulisan saudara. Pada pemerhatian saya tulisan saudara adalah berlandaskan kepada literature survey yang mendalam tentang sesuatu yang dipertikaikan. Tulisan saudara sangat objektif dan dapat membuka minda para pembaca yang berakal fikiran waras.

Ramai orang boleh bercakap tentang apa-apa juga yang berkaitan dengan sesuatu perkara dalam agama Islam tetapi bukan sembarangan orang boleh menulis tentang sesuatu perkara yang dipertikaikan dan dimuatkan di dalam akhbar aliran perdana ini.

Saya yakin walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan saudara bahawa saudara mempunyai ilmu agama yang tinggi. Teruskanlah. Perangilah 'ulama-ulama tiruan' yang memperalatkan agama bagi kepentingan politik mereka.

Ir. Dr. Md. Yusof Ismail
[email protected]

JAWAPAN:

TIDAK dapat dinafi memang ada ulama tiruan di kalangan mereka yang memperalatkan agama. Tetapi terdapat juga di kalangan mereka ulama yang sebenar.

Cuma masalahnya ulama yang sebenar itu juga kurang boleh percaya. Ini kerana sebab kepentingan politik dan terlalu ghairah mahu berkuasa, perkara-perkara yang betul haram, mereka anggap halal. Begitu juga sebaliknya.

Barangkali ulama kategori ini samalah seperti penulis terangkan dalam Bicara Agama tidak lama dulu bahawa mereka sanggup melakukan semua perkara mungkar kerana menganggap berbuat jahat itu boleh demi mendapatkan kebaikan yang paling ideal, iaitu penubuh negara Islam. Walahua'lam.

ASTORA JABAT
[email protected]
Mingguan Malaysia 29 Ogos 1999

Hosted by www.Geocities.ws

1