" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










ASTORA JABAT ANAK MELAYU PATANI

Saudara Astora,

SAYA adalah pembaca ruangan Bicara Agama yang disiarkan setiap minggu di Mingguan Malaysia. Saya tertarik dengan rencana saudara dan ingin berkenalan dengan saudara. Saya ingin mengetahui serba sedikit tentang latar belakang saudara.

Mohamed Isnin
[email protected]

JAWAPAN:

SAUDARA ketinggalan kereta api dan tidak membaca Mingguan Malaysia secara tetap. Tak ada duit atau kedekut atau boikot? (seloroh). Ruangan Bicara Agama pernah menulis latar belakang penulis tidak lama dulu. Tetapi kerana saudara bukan pembaca tetap MM, maka saudara ketinggalan.

Minggu ini penulis menerima lima surat yang bertanya soal yang sama. Empat e-mail dikirim ke ruangan ini dan satu lagi dikirim ke laman web. Dengan itu ada baik ditayangkan sekali lagi filem mengenai diri walaupun kurang menyenangkan kerana ada yang mahu tahu secara mendetail mengenai diri mulai dari hujung kaki ke hujung rambut.

Penulis berasal Melayu Patani di selatan Thailand. Mendapat pendidikan awal dari sekolah Melayu, sekolah Thai dan pondok di Jabat, Narathiwat. Pernah belajar di sekolah menengah agama, Institut Pendidikan Islam di Wakaf Baru, Kelantan dan Kolej Wa'z Wa Al-Irshad, Kairawan, Tunisia. Mendapat sijil khusus dari Syria dan Ijazah Syariah dari Kuliah Syariah, Universiti Karaouiyine, Fez, Maghribi.

Pernah belajar peringkat lanjutan di Jabatan Ulum Al-Quran dan Hadis di Dar El-Hadis El-Hassania di ibu kota Maghribi, Rabat dan pernah mengajar agama di Sekolah Manal El-Thaqafia selama tiga tahun dan mengajar bahasa Arab kepada para diplomat selama satu tahun di bandar yang sama.

Berusia lebih 40 tahun, dan boleh bercakap dalam lima bahasa. Kini selain daripada menghasilkan karya dalam Bahasa Melayu, penulis juga sekali sekala menghasilkan karya dalam Bahasa Thai dan Bahasa Arab untuk disiarkan dalam akhbar dan majallah Thailand dan akhbar dan majallah Arab.

Email:[email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1