" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










PAS SEDIA BINCANG DENGAN UMNO
BERSYARATKAN 3 TUNTUTAN PAS
DIPENUHI TERLEBIH DAHULU

Oleh Hassan Omar

ALOR STAR, Jumaat -

Pas mengulangi pendiriannya bersedia berbincang dengan Umno mengenai isu perpaduan nasional tetapi pada masa yang sama tetap mahukan Umno memenuhi tiga syarat yang dikemukakannya Ahad lalu.

Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor berkata, Umno sebagai tunjang Kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu membuat keputusan berhubung tiga tuntutan itu tanpa memerlukan ia dibincangkan terlebih dahulu dengan Pas dalam pertemuan terbabit.

Beliau berkata, tiga syarat berkenaan, iaitu pemberian balik royalti minyak (wang ihsan) kepada Kerajaan Terengganu, membenarkan penerbitan Harakah dua kali seminggu dan mahu kerajaan menolak cadangan Umno supaya melarang penggunaan perkataan Islam pada parti politik, perlu dikembalikan kepada Pas kerana ia adalah `hak' Pas.

Punca: Berita Harian 230201

Hosted by www.Geocities.ws

1