" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










SANDIWARA PAS GAGALKAN PERTEMUAN

PERTEMUAN membincangkan perpaduan Melayu yang dijadualkan hari ini, tertangguh tanpa sebarang kepastian.

Tiada tarikh baru dicadangkan, sebaliknya cuma pelbagai syarat baru yang menjurus ke arah pembatalannya. Malah, idea untuk parti politik Melayu duduk berbincang memang dari awal dilingkari ketidaktentuan.

Sambil Umno yang mengilhamkan pertemuan itu bersikap terbuka terhadap apa saja cadangan, Pas pula terus menimbulkan kerenah.

Daripada tuntutan asal Pas agar perbincangan diperluaskan meliputi isu perpaduan nasional, Ketua Dewan Pemuda Pas, Mahfuz Omar, pula lebih cenderung agar kedua-dua pihak tidak bersemuka.

Mungkin Mahfuz masih berasa sakit hati kerana debatnya dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein, dibatalkan. Dan keadaannya seolah-olah kepemimpinan Pas merelakan keputusan terbaru ini sebagai pembalasan.

Umum harus belum lupa reaksi positif Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, walaupun mulanya beliau berpendirian perpecahan Melayu hanya berlaku dalam Umno.

Ini dituruti oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menghargai keikhlasan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, yang sanggup berdepan dengan pemimpin Pas bagi membincangkan isu perpaduan Melayu.

Petanda positif untuk pertemuan yang dicadangkan ini diadakan, terus terserlah selepas mesyuarat teknikal yang diketuai kedua-dua setiausaha agung parti, Tan Sri Khalil Yaakob dan Nasharudin Mat Isa, 8 Februari lalu.

Rupa-rupanya semua itu hanyalah gambaran sementara yang menerbitkan harapan palsu sedangkan adalah jelas kini Pas memang dari awal banyak berhelah dan tidak ikhlas.

Barangkali kerana terlalu kerap menuduh pihak lain bermain wayang, Pas kini terdorong untuk mementaskan sandiwara ciptaan sendiri.

Kesimpulan boleh dibuat bahawa parti itu tidak langsung menyangka tuntutannya untuk membincangkan kepincangan sistem kehakiman, termasuk pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim; pencabulan ke atas demokrasi; kepincangan ekonomi; dan peminggiran kedudukan dan peranan Islam akan diterima dengan tangan terbuka oleh Umno.

Lebih daripada itu, Umno menyatakan kesediaan bermuzakarah dan menerima semua isu yang dibawa parti pembangkang itu tanpa sebarang syarat agar perbincangan mengenai perpaduan dapat dilaksanakan dengan telus dan terbuka.

Daripada mengalu-alukannya, kita melihat Pas tersepit oleh helah ciptaannya. Keikhlasan dan ketelusan Umno benar-benar memerangkap mereka. Lantaran itu, Pas mengadakan pula tiga syarat tambahan sehari menjelang pertemuan sepatutnya diadakan.

Ia dibuat mereka dengan kesedaran bahawa tuntutan mengembalikan royalti minyak kepada Terengganu, membenarkan penerbitan Harakah dua kali seminggu dan Umno menggugurkan cadangan melarang penggunaan perkataan Islam pada parti politik, sebagai sesuatu yang tidak akan dipenuhi.

Kita melihat pada ketika Umno bersungguh-sungguh mahu pertemuan itu diadakan tanpa mengenakan sebarang syarat atau sekatan, Pas pula nampak bermati-matian supaya ia tidak berlangsung.

Pas pun sedar bahawa ia boleh membangkitkan tuntutan terbarunya itu ketika perbincangan diadakan tetapi mereka memilih untuk tidak berbuat demikian. Inilah belang sebenar Pas - tanpa ada apa-apa lagi keraguan.

BERITA HARIAN FEB 2001

Hosted by www.Geocities.ws

1