" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










6 BOMOH SESAT

Mohd Ramzi Sanny 24 February 2001

JOHOR BAHRU:

Sekurang-kurangnya enam bomoh serta kumpulan masing-masing yang mengamalkan ajaran sesat sedang diawasi di negeri ini.

Jabatan Agama Johor (JAJ) sudah mengenal pasti kegiatan bomoh terbabit yang didapati bergerak di sekitar Johor Bahru, Muar dan Batu Pahat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAJ, Mohd Asa'ri Tibe, berkata pihaknya kini memantau enam kegiatan bomoh dan kumpulan mereka.

"Kita sedang memantau dan sudah mempunyai maklumat perkembangan kegiatan mereka. "Pada dasarnya, JAJ kini sedang mengawasi pergerakan dan kegiatan tiga bomoh di Johor Bahru, dua bomoh di Muar dan seorang lagi di Batu Pahat," katanya kepada Harian Metro, semalam.

JAJ sedang meneruskan siasatan dan akan bertindak pada bila-bila masa jika bomoh dan kumpulannya didapati menyeleweng, katanya. Mohd Asa'ri berkata, sehingga kini JAJ sudah mengambil tindakan terhadap dua bomoh iaitu seorang di Johor Bahru dan yang terbaru di Muar, pada tengah malam Isnin lalu.

Menurutnya, kedua-dua kegiatan bomoh terbabit dipercayai menyeleweng dan pihak JAJ melakukan serbuan di tempat kegiatan mereka.

"Bagi kes bomoh dan kumpulannya yang diserbu di kawasan Gunung Ledang, Muar baru-baru ini, pihak JAJ memberi kaunseling kepada mereka yang terbabit. "Kita akan memberi nasihat dan kaunseling kepada semua yang terbabit secara berterusan supaya mereka sedar dan kembali ke pangkal jalan," katanya.

Pada 16 Januari lalu, JAJ menyerbu rumah seorang bomoh di Kampung Tok Siak, Tebrau di sini selepas didakwa mencabul pesakit wanita yang dirawatnya selain melakukan amalan perbomohan yang meragukan.

Bomoh terbabit dikatakan memegang pesakit wanita yang dirawatnya dari kaki hingga ke atas tubuh, sebelum membuka sendiri baju pesakit dan mengusap buah dada mangsa.

Hosted by www.Geocities.ws

1