" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










BARISAN NASIONAL (BN) TIDAK MUNGKIN MEMERINTAH MALAYSIA SELAMANYA

Saudara Astora,

Saya ingin memberitahu kepada Astora bahawa Malaysia tidak dapat diperintah oleh BN buat selama-lamanya. Pada pendapat saya, Malaysia akan diperintah oleh enam orang Perdana Menteri daripada BN iaitu R.A.H.M.A.N.

Tahukah saudara atau saudara jahil tentang sejarah dunia bahawa sesebuah kerajaan yang hebat seperti Rom, Parsi, China, India dan banyak lagi pun jatuh. Inikan pula Malaysia.

Saya yakin suatu hari nanti Pas akan memerintah Malaysia. Insya-Allah. Apa pendapat saudara tentang pendapat saya.

- Aizad Latif
[email protected]

Jawapan:

Memang betul BN tidak mungkin memerintah Malaysia buat selama-lamanya.

Malah Malaysia sendiri tidak mungkin kekal buat selama-lamanya. Kerana tidak ada yang boleh berkuasa dan kekal buat selama-lamanya kecuali Allah.

Mengenai keyakinan saudara bahawa Pas boleh memerintah Malaysia suatu hari nanti, penulis tidak mahu menafikan keyakinan saudara itu. Tetapi penulis mempunyai keyakinan yang lain iaitu Pas tidak akan boleh memerintah Malaysia.

Seperti penulis pernah jelaskan pada masa lalu bahawa ketika krisis paling hebat melanda negara pada tahun 1997 dan 1998, Pas hanya dapat meraih 27 kerusi saja dalam Dewan Rakyat, sedangkan mahu memerintah dengan selesa sekurang-kurangnya Pas mesti peroleh 149 kerusi seperti yang diperoleh BN dalam pilihan raya umum 1999.

Pada masa akan datang krisis seperti dulu itu bukan mudah berlaku dan penulis percaya perolehan kerusi Pas akan menurun seperti yang ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya yang lalu.

Sebagai contoh dalam pilihan raya tahun 1995 Pas peroleh lapan kerusi, tahun 1990 tujuh kerusi dan 1986 hanya dapat satu kerusi. Kemungkinan besar sejarah ini akan berulang. Wallahualam.

Astora Jabat
Mingguan Malaysia
25 Feb. 2001

Hosted by www.Geocities.ws

1