" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN BAIK

MESKIPUN Allah melarang kita memaki dan menggelar orang lain dengan gelaran yang tidak baik (al-Hujurat: 11), tetapi larangan Allah ini jugalah yang dijadikan senjata oleh puak pembangkang untuk mengkritik kerajaan.

Pada hal dalam melaksanakan tugas sebagai pembangkang apa salahnya mengkritik kerajaan secara ilmu sebagaimana yang dibenarkan oleh Islam.

Tetapi malangnya di Malaysia mengkritik secara ilmu ini kurang diberi perhatian dan nampaknya orang berilmu sendiri yang mengkritik secara tidak berilmu.

Sebagai contoh, seorang ilmuwan berfikiran kiri ketika menyokong kerajaan dulu menulis bahawa kerajaan semuanya betul dan pembangkang semuanya salah.

Tetapi setelah menyertai puak pembangkang, beliau pula menulis kononnya kerajaan semuanya salah dan pembangkang semuanya betul belaka.

Begitu juga sikap seorang ahli akademik yang menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Mahafiraun.

Beliau menggelar Dr. Mahathir begitu setelah kumpulannya tidak lagi bersama kerajaan.

Pencipta gelaran Mahafiraun berkenaan melakukan dua kesilapan besar.

Pertama, beliau membuat tuduhan tidak tepat terhadap Dr. Mahathir yang bukan saja banyak berbuat jasa kepada negara tetapi juga berbudi kepada kumpulan ahli akademik itu.

Ramai anggota kumpulan ahli akademik berkenaan diberi peluang menduduki tempat-tempat penting di Malaysia termasuk peluang mencari rezeki sehingga menjadi kaya dan jutawan dalam masa yang singkat.

Kedua, tidak semua Firaun zalim dan mereka seperti juga mana-mana pemerintah di dunia ini - ada yang baik dan ada yang jahat.

Malah ada juga Firaun yang merupakan perintis agama tauhid dan nabi pun.

Sebenarnya ramai orang kita keliru tentang Firaun. Punca mereka keliru ialah kerana wujud orang berilmu seperti ahli akademik yang telah disebut di atas yang tidak bercakap benar dalam menyampaikan ilmu kepada orang ramai.

Firaun bukan nama khas seperti Abdullah, Yusuf dan lain-lain, tetapi ia nama am seperti lelaki, raja dan lain-lain.

Firaun disebut dalam bahasa Mesir kuno sebagai per'aa yang bermaksud rumah besar.

Pada mulanya istilah itu digunakan oleh orang Mesir lama untuk menamakan istana raja-raja mereka yang terdapat padanya segala kuasa tertinggi.

Kemudian per'aa berubah menjadi gelaran raja orang Mesir kuno. Perubahan ini dibuat pada era Kerajaan Baru (New Kingdom) yang diperintah oleh Raja Thoutmosis III, iaitu pada zaman dinasti ke-18 yang memerintah Mesir antara tahun 1539-1292 Sebelum Masihi.

Bagaimanapun, sejak dinasti ke-22 yang memerintah antara tahun 945-730 Sebelum Masihi, gelaran Firaun berubah menjadi gelaran kehormat yang digunakan untuk memanggil ke atas semua raja Mesir kuno walaupun ada di antara mereka yang tidak pun pernah mempunyai gelaran Firaun.

Firaun dalam bahasa Melayu ialah raja atau maharaja.

Agama yang menjadi anutan orang Mesir kuno dan Firaun-firaun mereka pula bukan saja agama budaya yang percaya kepada bermacam-macam karut-marut dan khurafat seperti menganggap Firaun sebagai tuhan, menyembah binatang dan lain-lain, tetapi ada juga di kalangan Firaun yang percaya kepada agama tauhid yang mengesakan Tuhan.

Malah beberapa penyelidik Barat dan Arab menganggap agama tauhid bermula di kalangan orang Mesir kuno ini di mana terdapat Firaun yang menyeru kepada tauhid.

Persamaan peribadatan dan amalan-amalan tertentu antara ajaran orang Mesir kuno ini dengan ketiga-tiga agama langit, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi amat jelas.

Berkhatan umpamanya yang diamalkan oleh orang Islam, orang Yahudi dan sebahagian orang Kristian adalah amalan orang Mesir kuno.

Begitu juga pengharaman makan daging babi yang menjadi amalan orang Islam dan Yahudi adalah diamalkan sejak beribu-ribu tahun lalu oleh orang Mesir.

Jika merujuk kepada sebuah kitab agama utama orang Mesir kuno yang dipanggil Kitab al-Mauta (Kitab Orang Mati), kita akan dapati banyak sekali ajaran orang Mesir kuno hampir dengan ajaran ketiga-tiga agama langit seperti tentang kejadian bumi dan makhluk, kebaikan dan kejahatan, suruhan dan larangan, pendidikan akhlak dan lain-lain.

Bagaimanapun, adanya persamaan semua itu dengan Islam, Kristian dan Yahudi bukanlah bererti ketiga-tiga agama langit ini mencedok daripada budaya agama orang Mesir kuno itu, tetapi ia membuktikan bahawa adalah tepat anggapan bahawa ada nabi dan rasul yang muncul di kalangan bangsa Mesir kuno itu.

Malah ada pun nabi dan rasul yang merupakan Firaun.

Sebagaimana kita semua mengetahui bahawa Mesir terbilang sebagai bumi para nabi seperti bumi Palestin kerana terdapat ramai nabi dan rasul muncul di bumi Mesir atau pernah hidup di sana.

Nabi Idris a.s umpamanya dianggap oleh Dr. Mustafa Mahmud, Ahmad Bahgat dan lain-lain pemikir Islam Mesir sebagai Firaun Osoris yang lahir di Mesir atau lahir di tempat lain tetapi tinggal dan berkuasa di Mesir.

Nabi Idris juga dikenali sebagai Hormos. Al-Kindi berkata: ``Di Mesir terdapat Hormos dan beliau ialah Idris a.s. yang terkumpul pada dirinya kenabian, kekuasaan dan hikmat (ilmu dan falsafah).'' Orang Yahudi memanggil Nabi Idris sebagai Khanukh manakala orang Yunani pula memanggilnya Tormis.

Selain itu di Mesir juga terdapat atau dikunjungi dan diduduki beberapa nabi lain seperti Nabi Ibrahim a.s. yang berkahwin dengan seorang wanita Mesir yang bernama Sarah, Nabi Yusuf a.s. yang tinggal dalam istana salah seorang saudagar Mesir, Nabi Yaakub a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Harun a.s., Nabi Isa a.s dan lain-lain. Dengan itu tidak menghairankan jika terdapat sisa-sisa ajaran tauhid dalam budaya agama orang Mesir kuno.

Firaun-firaun zalim yang disebut dalam al-Quran ialah beberapa orang Firaun yang membuat kezaliman ke atas rakyat jelata dan hamba sahaya Yahudi. Di antara Firaun-firaun itu ialah Ramses II dan bapanya Seti I.

Firaun Ramses II inilah yang paling berseteru dengan Nabi Musa. Firaun Ramses II berkuasa pada abad 13 Sebelum Masihi dalam dinasti ke-19. Dia sebaya dengan Nabi Musa dan kedua-duanya dibesarkan dalam istana seolah-olah adik-beradik. Firaun inilah yang tenggelam bersama tenteranya di dasar laut ketika mengejar Nabi Musa dan kaumnya.

Jika begitulah penganiayaan dilakukan oleh beberapa orang Firaun ke atas kaum Nabi Musa, apakah layak puak-puak pembangkang itu menggelarkan Dr. Mahathir yang sentiasa berbuat jasa kepada rakyat negara ini sebagai Mahafiraun dalam maksud yang negatif?

Kenapa tidak menggelarkan Dr. Mahathir sebagai Mahafiraun dalam maksud yang positif seperti para Firaun Mesir yang membangunkan tamadun yang teragung di dunia itu? Tidakkah Dr. Mahathir layak digelarkan sebagai salah seorang Firaun yang mendirikan tamadun yang agung kerana beliau banyak menyumbang jasa dalam pembangunan negara kita termasuk menyelamatkan Malaysia daripada keruntuhan ekonomi pada tahun 1997?

Oleh: ASTORA JABAT
Bicara Agama MM25Feb2001

Hosted by www.Geocities.ws

1