" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










SOLAT JUMAAT DI DUA MASJID KECOH

KUALA LUMPUR, Jumaat

Kekecohan timbul menjelang solat Jumaat dalam dua kejadian, masing-masing di Terengganu dan Selangor, dipercayai akibat perbezaan politik, hari ini.

Di Setiu, Terengganu, lebih 50 jemaah anak mukim Masjid Kampung Langkap keluar bertindak meninggalkan masjid itu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Mohamad Hitam, membaca khutbah.

Kira-kira 20 jemaah lagi, yang belum sempat naik ke masjid ketika itu, turut pulang ke rumah masing-masing walaupun khutbah itu tidak mengandungi sebarang isu kontroversi.

Solat Jumaat di masjid itu diteruskan dengan diimamkan oleh guru pelawat dari Pejabat Agama Setiu, Mohd Azam Salleh. Berbanding kebiasaannya lebih 100 jemaah bersolat Jumaat di masjid itu, jumlahnya hari ini agak berkurangan.

Malah, hanya 15 jemaah dikenal pasti sebagai anak mukim masjid itu, manakala kebanyakan yang lain dari Kampung Rahmat, Chalok Barat, Kampung Batu 29 dan beberapa kampung berhampiran.

Difahamkan tindakan penduduk berbuat demikian kerana mereka tidak mahu orang politik turut campur dalam urusan masjid berkenaan.

Seorang jemaah, Shafei Ishak, 56, ketika ditemui selepas itu berkata, sebahagian besar jemaah solat Jumaat hari ini ialah dari mukim lain yang datang untuk menghadiri kenduri di kampung itu dan pengikut Adun berkenaan.

Menurutnya, beliau dan beberapa penduduk lain menunaikan solat Zohor selepas itu kerana was-was terhadap solat Jumaat hari ini kerana tidak sampai 40 anak mukim yang menjadi jemaah. Imam masjid berkenaan, Yahya Ibrahim tidak bertugas hari ini kerana menunaikan haji, manakala imam utama, Abu Bakar Ngah, meninggal dunia baru-baru ini.

Berikutan itu, Pejabat Agama daerah menghantar beberapa guru pelawat agama yang secara bergilir menjadi imam gantian, sehingga imam baru dilantik.

Sementara itu, bekas imam kampung berkenaan, Mohamad Abdul Rahman, 74, sedih dengan kejadian hari ini. Katanya, sepanjangn lebih 20 tahun beliau memegang jawatan itu, tidak pernah kekecohan seperti itu berlaku.

Dia turut menunaikan fardu Zohor setelah kurang yakin dengan solat Jumaat yang dianggap tidak cukup makmum anak mukim. Bekas imam itu meminta supaya orang politik tidak campur tangan, kerana sebelum ini keadaan masjid berkenaan cukup harmoni.

Di SUBANG JAYA, pergaduhan hampir tercetus sebelum khutbah Jumaat di Masjid Darul Ehsan apabila dua jemaah, yang dipercayai tidak berpuas hati dengan pelantikan nazir baru masjid itu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), menghalaunya keluar.

Kejadian itu berlaku sebelum masuk waktu Jumaat dan nazir berkenaan, Omar Mahmood, berucap bagi menjelaskan mengenai pelantikannya serta memberi nasihat kepada jemaah.

Bagaimanapun, jemaah lain masjid itu sempat menyabarkan dua lelaki berkenaan sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

Omar, ketika dihubungi mengesahkan, pihak yang tidak berpuas hati itu bertindak melampau dengan mencetuskan keadaan huru-hara dalam masjid ketika beliau bangun ingin menjelaskan kedudukan sebenar.

Ketika kejadian, polis dan beberapa pegawai Jais berada di tempat kejadian kerana mereka sudah dimaklumkan lebih awal mengenai ucapan yang akan saya sampaikan. Dengan itu, kejadian buruk dapat dielakkan dan laporan polis juga sudah dibuat, katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai perasaan tidak puas hati segelintir pihak terhadap pelantikan Omar, bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Perasaan tidak puas hati dan tohmahan itu disuarakan melalui surat layang yang diedarkan secara berleluasa kepada orang ramai.

Mereka mendakwa nazir itu gagal melaksanakan tugas dengan sempurna hingga menyebabkan rekod kewangan bercelaru, memecat imam tanpa sebab, membuat laporan palsu kepada Jais dan merancang sabotaj usaha ibadat korban.

BERITAHARIAN SABTU 17022001

Hosted by www.Geocities.ws

1