" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










GADIS DISELAMATKAN DARIPADA TUKAR AGAMA

BATU PAHAT: Seorang gadis Melayu diselamatkan daripada menukar agama selepas cuba memalsukan maklumat pada surat beranaknya.

Gadis berusia 27 tahun itu ditahan polis atas kesalahan memalsukan maklumat pada surat beranaknya sebelum cuba mendapatkan pengesahan mahkamah di sini, dipercayai untuk menukar nama dan agamanya.

Difahamkan, pekerja kilang berasal dari Lancang, Pahang itu ditahan di luar bangunan mahkamah di Jalan Pejabat, di sini Rabu lalu selepas polis mendapat maklumat mengenai percubaannya memalsukan maklumat surat beranaknya.

Siasatan polis kemudian mendapati gadis terbabit berasal dari keluarga Islam dan cuba memalsukan dokumen pengenalan diri.

Kes berkenaan kemudian dirujuk kepada Pejabat Agama Batu Pahat untuk tindakan lanjut selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan percubaan menukar agama daripada Islam.

Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah, Jamil Ahiya, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, gadis itu dibawa ke pejabat pihak berkuasa agama itu Khamis lalu tidak boleh mengucap dua kalimah syahadat.

Bagaimanapun, selepas berulang kali dipujuk dan diajar mengucap kalimah berkenaan, dia berjaya berbuat demikian serta mampu membaca surah al-Fatihah dengan baik dan lancar.

Gadis ini mendakwa menukar agama ketika berusia 14 tahun lagi dan kini cuba mendaftarkannya secara sah di mahkamah, katanya kepada Berita Minggu, di sini semalam.

Beliau berkata, JAJ memberikan kaunseling kepada pekerja kilang itu dan berjaya memulihkan aqidahnya yang terpesong dipercayai akibat tekanan mental kerana didakwa sering dicaci serta dihalau ahli keluarganya.

Mengulas lanjut, Jamil berkata, siasatan JAJ mendapati gadis terbabit menukar agamanya selepas dipengaruhi seorang lelaki Melayu dikenali sebagai Eric di Pahang yang juga dipercayai sudah murtad.

Gadis ini berhijrah ke Johor, kira-kira dua tahun lalu dan bekerja di beberapa kilang, termasuk di daerah ini, katanya, menambah gadis terbabit sekarang dipercayai bersekududukan bersama seorang lelaki Cina.

Menurutnya, anak bongsu daripada enam adik beradik dan dipercayai anak keluarga berada itu akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Batu Pahat pada 27 Februari atas tuduhan bersekedudukan.

Dia akan didakwa mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 dan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Batu Pahat selepas gagal membayar ikat jamin, katanya.

BERITA MINGGU 18022001

Hosted by www.Geocities.ws

1