" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










FATWA AL-AZHAR - ONLINE

FATWA 1: ARAH KIBLAT

SOALAN:

Arah kiblat masjid di sebuah kampung menjadi pertikaian orang ramai apabila ada di antara mereka yang mengatakan arah yang diguna pakai sekarang tidak betul. Apa pandangan Jawatankuasa Fatwa dalam hal ini?

Ingin tahu,
Temerloh, Pahang.

JAWAPAN:

Setelah berbincang dengan merujuk kepada pendapat dan pandangan para ulama Islam yang muktabar, Jawatankuasa Fatwa mengemukakan hasil kajian itu seperti berikut :

Hukum syarak mewajibkan menghadap kiblat sebagai salah satu syarat sah sembahyang. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam ayat 144 surah al-Baqarah, maksudnya: Sungguh Kami (sering) melihat mukamu mendongak ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkan muka mu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah muka mu ke arahnya.

Persoalan sebenar yang timbul di dalam perbincangan para ulama berhubung arah kiblat ialah sama ada yang dimaksudkan dengan kiblat itu ialah arah di mana Kaabah itu berada atau zat Kaabah itu sendiri (ainul Kaabah).

Sheikh Abdul Rahman al-Juzairi di dalam kitabnya, Al-Fiqh Ala Mazaahib Arbaah berkata: ``Barang siapa yang bermukim (tinggal) di kota Mekah atau berhampiran dengannya, tidak sah sembahyangnya melainkan menghadap Kaabah itu sendiri (ainul Kaabah) dengan yakin.

Sekiranya tidak mampu dilakukan, maka hendaklah Muslim tadi berijtihad menghadap 'ainul Kaabah ketika solat kerana tidak memadai dengan hanya niat menghadap ke arah kiblat selagi dia berada di Mekah.

Manakala, bagi yang berada di luar atau jauh dari kota Mekah, mereka hanya disyaratkan menghadap ke arah di mana terletaknya Kaabah, malah sah solatnya walaupun terkeluar sedikit daripada 'ainul Kaabah' (ke kiri atau ke kanan).

Golongan ini tidak dikenakan syarat menghadap 'ainul Kaabah kerana terlalu sukar untuk menentukan di mana 'ainul Kaabah dalam keadaan sedemikian (jauh).

Keputusan ini dibuat berdasarkan fakta bahawa yang menjadi syarat sah solat ialah kekal sebahagian dari permukaan wajahnya menghadap ke arah Kaabah.

Misalnya, jika arah kiblat bagi sesuatu tempat miring sedikit ke sebelah kanan dan seseorang itu bersembahyang menghadap ke arah timur, maka dia dikatakan menghadap kiblat. Ini kerana, meninggalkan miring sedikit ke kanan tadi tidak membawa apa-apa kesan kepada solatnya atas alasan ia tidak terkeluar dari menghadap arah kiblat keseluruhannya.

Hakikatnya, apa yang menjadi paksi arahan menghadap ke arah Kaabah ialah kekal sebahagian daripada permukaan wajah menghadap ke arahnya. Ini merupakan pendapat mazhab Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad bin Hanbal kecuali Imam Shafie.

Berhubung dengan permasalahan ini juga, Mufti Addiyar Al-Hadramiah, As-Sayid Abdul Rahman bin Mohamad bin Hussain Al-Masyhur Ba Alwie di dalam kitabnya, Bughyatul Murtarsyidin berkata: ``Pendapat kedua ialah memadai dengan menghadap arah iaitu salah satu dari empat arah kompas, di mana terletaknya Kaabah bagi orang yang berada jauh daripadanya.''

Selain disahkan oleh Imam al-Jurjani dan Abn Abi Asrun, pendapat ini juga menjadi pilihan Imam Ghazali serta diperkuatkan oleh al-Mahalli. Al-Azrai pula berkata, sebahagian daripada sahabat Imam Shafie menyebut bahawa pandangan ini turut menjadi pendapat baru Imam Shafie.

Shafie bersependapat bahawa mustahil bagi kaum Muslimin di seluruh dunia untuk menghadap Kiblat dengan tepat ('ainul Kaabah) kerana bentuknya yang kecil. Dari itu memadailah dengan arahnya sahaja.

SUMBER : Darul Ifta' al-Misriah.

Hosted by www.Geocities.ws

1